Esp Shaklee Untuk Sumber Protien Terbaik

KENAPA MESTI TAKSUB AMBIL ESP SHAKLEE UTK SUMBER PROTEIN?

—–

Taksub Shaklee? Semestinya taksub. Kenapa…?

Korang pernah tak pegi jalan2 supermarket… jumpa minuman soya ke apa2 produk makanan dia tulis ORGANIK. mesti la pernah kan…Ia sangat berbeza debgan esp shaklee.

korang tau tak sebenarnya APA di sebalik label ORGANIK? di sebalik label Organik itu cuma mungkin sejenis bahan je yang organik… sebab requirement utk buat label tak memerlukan semua bahan dalam tu organik utk pakai label organik…

Kesimpulannya, walaupun cuma ada 1% je bahan organik dalam sesutu produk tu, boleh je diorang nak letak label Organik…

Tapi Shaklee ni, bukan sekadar ORGANIK tapi BEYOND ORGANIK. Maknanya daripada benih… sampai ke proses, sampailah masuk ke dalam canister, semuanya dijamin organik.

Biji Soya ESP pula dikawal di bawah Identity Preservation Program (IPP).. maknanya ada pihak ketiga yang check & audit utk pastikan betul2 kacang soya utk buat ESP ni tidak guna benih GMO, dan setiap proses iaitu dituai, dikilangkan, diedarkan.. akan disahkan oleh IPP nih.

IPP ni independent body tau, bukan Shaklee punya. jadi takdelah kes tipu2 ke coz orang lain yg buat kerja. Tak de syok2 sendiri…

& satu benda yang kita kena tgk bila nak consume produk protin ni ialah dia punya PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) tertinggi iaitu 1.0. PDCAAS ni adalah cara utk menilai kualiti protin & kemampuan utk dicerna oleh tubuh manusia. The best skor la ESP ni of course kan.

ESP ni kan sebenarnya sedap minum macam tu je, takyah campur2. Dulu bau dia lain.. busuk sikit.. kena campur baru boleh minum. tp tau kan Shaklee ni sentiasa perbaharui produk2 dia.. skg ni ESP wangi & minum gitu je mmg sedap!

Macam mana? Lepasni korang mesti taksub juga kan dengan Esp Shaklee ni. Ia bukan sahaja sumber protien yang terbaik,  tetapi kandungan sumber protein ini juga dikawal rapi. Jadi,  jangan risau ea kalau korang nak mencuba esp shaklee ni.

Ikhlas memberi.

Salam sayang,

Huda

Kebaikan Produk Shaklee Selamat

Assalammualaikum..

Hari ni, Huda nak berkongsi tentang kebaikan produk shaklee. Mengapa,  Huda beriya iya sangat nak membantu anda dengan produk shaklee ni.Kerana banyak kebaikan produk shaklee yang memberi kesan positif kepada pengguna. Jom baca point di bawah:

1.Shaklee menyaring lebih 350 bahan cemar,  racun serangga dan bendasing untuk setiap bahan botaninya.

Selain itu,  shaklee turut menyaring untuk bahan cemar lain termasuk logam berat,  sisa pelarut,  kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob.

2.Shaklee telah menjalankan lebih daripada 250 ujian racun serangga.Dilakukan melebihi syarat united state pharmacopeia (USP).

3.Shaklee telah melakukan lebihb 100,000 ujian kualiti setiap tahun.

Bagi memastikan produk Shaklee selamat digunakan oleh kita semua.

Produk yang selamat datangnya daripada bahan bahan yang berkualiti,  dan itulah yang shaklee gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di shaklee,  dan pihak shaklee menegaskan bahawa standart shaklee tiada tandingan

4.Tiada tambahan pengawet,pemanis atau perasa tiruan.

Bahan bahan untuk produk shaklee dipilih secara teliti untuk memenuhi standart prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah,  standart ketulenan shaklee adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk shaklee adalah selamat.

5.Bebas gluten.

Produk Shaklee bebas gluten, ia adalah berita baik bagi para pengguna produk shaklee yang mengalami alahan gluten dan sensitif-gluten. Dengan produk bebas gluten, shaklee mahu kita memiliki usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat.

6.Bukan GMO

Produk Shaklee adalah bebas gmo dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (Identity Preserved Program (IPP)), pendekatan paling dipercayai untuk memastikan produk kami kekal Bukan GMO dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan.

7.Terbiodegradasi

Berpegang kepada prinsip selamat,  handal dan mesra alam, produk Get Clean Home Care kami adalah terbiodegradasi yang tidak mengandungi fosfat,  nitrat atau borat. Shaklee menjadikannya satu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan planet kita ni lebih sihat sepanjang masa.

8.Shaklee tidak melakukan ujian keatas haiwan.

Apabila anda fikirkan “Shaklee”,fikirkan “Tulen”

“Kami percayakan kualiti,  kualiti adalah keutamaan” Dr.Forrest C. Shaklee.

Perlukan suppliment Shaklee untuk kesihatan anda klik sini untuk berhubung terus dengan saya.

Salam sayang,

Huda

 

 

Sakit Perut Ketika Awal Hamil

Assalammualaikum..

Mengikut pengalaman Huda,  yang pernah melalui ectopic pregnancy.  Salah satu simptom ectopik adalah sakit perut ketika awal hamil. Tetapi,  sayangnya ketika itu huda tidak mengetahui yang huda ni sedang hamil.

Para ibu, yang sudah mengetahui anda hamil. Perlulah segera ke hospital sekiranya ada mengalami simptom sakit perut ketika awal hamil. Kerana,  jika lewat ia akan mendatangkan bahaya kepada para ibu.

Antara simptom sakit perut ketika awal hamil,  yang boleh diklafikasikan sebagai ectopic pregnancy adalah seperti

1.Bisa dibahagian perut ataupun diari ari

Biasanya sakit perut ni,  bukan macam sakit perut biasa. Ianya sakit seperti keguguran dan juga senggugut.

2.Rasa krem sangat sehinggakan susah nak bergerak.

3.Pendarahan yang berlarutan.

4.Rasa sakit perut seakan nak pengsan.

Simptom ini semua,  telah dialami oleh Huda sendiri.

Ok,  sekarang

Macam mana nak detect?

Cepat cepat gi hospital, dan lakukan

1. Ultrasound

Early ultrasound scan sangat penting untuk pastikan kandungan adalah di dalam rahim. Walaupun nampak kantung, nampak janin dalam ultrasound scan, sekiranya kantung itu tidak jelas kelihatan terletak didalam rahim, ectopic pregnancy masih mungkin berlaku.

Ultrasound boleh dilakukan melalui dua cara iaitu transvaginal ultrasound dan transabdominal ultrasound. Kedua2 cara ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2, doktor akan menerangkan bila ia sesuai untuk digunakan.

2. Blood test.

Serum Beta HcG sahaja tidak boleh digunakan untuk membuat diagnosis ectopic pregnancy sebaliknya membantu doktor untuk membuat diagnosis beserta dengan ujian ultrasound. Jadi ultrasound tetap perlu dilakukan.

Jadi, apa cara sekiranya kita didapati ectopic pregnancy ataupun kandungan luar rahim. Huda tau,  sedih memang la sedih. Terutama bagi mereka yang sudah lama menginginkan anak.

1.Redha

Anggaplah kita belum ada rezeki lagi dan serah sepenuhnye kepada Allah swt. InsyaAllah,  bila kita redha,  kita akan dapat yang lebih baik.

2.Joint group ectopic difacebook

Bila kita joint group yang mengalami nasib yang sama seperti kita.Kita akan mula termotivasi dan semangat kembali. Sebab,  ectopic pregnancy ini ada pelbagai jenis. Mungkin nasib kita tak buruk berbanding yang lain.

3.Google, tambah ilmu mengenai ectopic pregnancy

Macam Huda,  jika huda tidak mengalami ectopic pregnancy.Mungkin Huda tak amik tahu tentang kes ini. Sebab, kita tak mengalaminya kan. Ini juga jadikan kita berilmu dan lain kali,  kita lebih berhati hati.

Moga kita semua tabah ia menghadapi setiap dugaannya. Hubungi Huda untuk konsultasi dan hubungi Huda untuk vitamin ectopic pregnancy 017-7045796

Salam sayang,

Huda

 

 

 

Review Eco Tropics Pow-Some Day At The Park

Assalammualaikum..

9/12 haritu, huda berkesempatan ke Eco Tropics Kota Masai. Dekat je ngan rumah Huda, jalan kaki pun boleh haha. Kawasan ini, adalah kawasan perumahan yang dalam proses pembinaan. Kalau nak tengok rumah contoh pun boleh datang ke sini.

Sebelum ini,Huda ada juga ke Eco Tropics untuk menyertai event yang pihak eco buat. Mengikut tema juga,  tapi Huda dah lupa dah tema apa hihi. Kalau tak de event, rasa memang Huda tak masuk ke sini haha.

Rumah di situ memang cantik, kenalah dengan harganya mencecah rm400k++ . Huda, pergi sana.. sambil sambil tu amikla aura 😀. InsyaAllah, mana tau melekat.

Apa yang Huda nak berkongsi. Dalam bulan bulan tertentu ataupun musim perayaan. Pihak eco tropics biasanya,  akan buat satu event mengikut tema ..contoh yang baru baru ni, Huda gi tema cat + krismas.

Dengan harga rumah yang mungkin bagi orang orang biasa tidak mampu beli. Nak masuk sini pun mungkin pikir beribu kali kan haha. Dengan alternatif pihak terbabit membuat event dan di buka kepada public, seperti ini sekaligus akan menarik orang biasa biasa untuk pergi ke Eco Tropics ni.

Masa Huda pergi ke sana, memang ramai yang datang. Pelbagai kaum dan pelbagai lapisan masyarakat. Ramai juga bergambar di hadapan rumah bernilai rm400k++ tu amik aura. Bila lagi kan nak bergambar kalau bukan masa event macam ni.

Jadi, mereka mereka yang datang ni. Mengambil kesempatan bertanya tentang harga rumah dan berbincang dengan pegawai bertugas tak kira pangkat. Mana tahukn rezeki, kita yang biasa biasa ni pun boleh beli rumah ni. Layanan yang diberikan pun sama sahaja tak kira pangkat dan sebagainya.

Nah,bijak kan cara marketing mereka. Pihak develop pandai mengambil peluang. Walaupun kos untuk membina ataupun merangka event itu memerlukan modal yang banyak,  tetapi mereka buat sahaja.

Bukan apa,  setiap tema tu kan berubah ubah dia punya dekorasi, mesti modal pun lebih kan. Yang dekorasi yang lama dibuang dan buat pula yang baru.

Dengan adanya event seperti ini juga, Huda lihat mereka dengan senang sahaja mendapat database customer dengan percuma.  Ini kerana,  sebelum masuk ke Eco Tropics kami perlu mengisi form yang memerlukan kami mengisi maklumat kami.

Itu belum lagi,  yang mengisi detail secara online. Macam Huda, Huda guna barcode sahaja sebab Huda dah daftar dulu secara online.

Barcode ticketnye seperti di bawah:

eco tropics

Bagi sesiapa yang berkesempatan ke pasir gudang, johor. Bolehlah ke eco tropics ni, memang best. Jom layan gambar gambar Huda dan family ketika di sana.

Suami bersama zirafah hihi,  zirafah ni diperbuat daripada cebisan kotak tau.

eco tropics

eco tropics

eco tropics

eco tropics

eco tropics

eco tropics

Gambar kuda di atas ni pun, dibuat daripada cebisan kotak. Smart kan 😀

Bagi pencinta kucing,  Huda pasti korang mesti geram sangat kan tengok patung patung kucing yang comel comel ni haha.

Ok,  setakat ini dulu review Huda. InsyaAllah lain kali eco tropics buat lagi,  pasti Huda datang dan buat review lagi.

Salam sayang,

Huda

Shaklee Ilham Dari Pesakit TB, KANSER

PENGASAS Shaklee, Dr Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada November 1894 di Carlisle, Iowa dan disahkan mengidap tuberculosis (TB) sehingga doktor meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berusia 8 tahun.

Berkat kesungguhan ibunya, beliau membesar dengan sihat walaupun tidak secergas remaja lain seusianya.

Berikutan masalah kesihatannya, Forrest banyak meluangkan masa membaca dan menulis sehingga mendorong minatnya terhadap science of chiropracticcare.

Beliau kemudian mendaftar ke Palmer School of Chiropractic, sekali gus menjadi kejayaan pertamanya dalam mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang dikenali sebagai Vitalized Mineral pada 1915.

Pada 1917, Forrest berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan, yang mana kesemua pesakit diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan itu mendapat sambutan dan semakin maju.

Dalam mengecapi kejayaan, beliau menerima kejutan apabila disahkan menghidap kanser dan terpaksa menjual pusat rawatannya.

Namun, beliau percaya boleh bergantung dengan kuasa penyembuhan secara semula jadi dengan hanya makan buah dan sayur segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.

Pada mulanya, kanser tidak menunjukkan tanda-tanda positif sehingga pada penghujung 1922, kansernya semakin sembuh.

Malah, kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Hasil kejayaan itu, beliau semakin yakin bahawa sel-sel sihat dalam badan berjaya mengalahkan sel kanser.

Pada 1924, Forrest sekali lagi membuka pusat rawatan menggunakan formulasi makanan tambahan, tetapi terbakar pada 1929.

Forrest menubuhkan syarikatnya pada penghujung 1955 pada usia 62 tahun dengan menjual produk suplemen.

Enam bulan kemudian, pada 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan dengan menggunakan konsep jualan langsung yang telah menjadi satu fenomena sehingga hari ini.

Forrest mengasaskan Shaklee dengan kesedaran bahawa sains dan alam semula jadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia.

Kredit sinar harian

 

Set Penyusuan Ibu Shaklee Terbaik

Assalammualaikum..

Entry yang lepas huda ada beritahu,  yang huda akan buat satu entry mengenai set penyusuan ibu shaklee yang huda amalkan sepanjang sesi penyusuan.

Set ini sangat membantu Huda ketika menyusu. Masalah keletihan,  kurang bertenaga memang berkurangan ketika huda mengambil set penyusuan ibu shaklee ini. 

Ok nak tau apa dia,  inilah set penyusuan ibu shaklee . Set lengkap, ianya mengandungi ESP,OSTEMATRIX,ALFALFA COMPLEX, VITALEA,SUSTAINED RELEASE VITAMIN C dan B-COMPLEX

Antara kelebihan,produk produk yang terkandung dalam set  penyusuan ibu shaklee yang huda amalkan adalah seperti berikut:

 

ESP

Berperanan sebagai keperluan protein bagi ibu ketika hamil. Esp memainkan peranan sebagai sumber tenaga kepada para ibu hamil.Maklumlah, ketika ini kan ibu sangat sibuk melayan karenah anak yang masih kecil. Ini membantu juga,  para ibu yang sering lewat makan.

OSTEMATRIX

Kalsium yang sangat bagus diambil, bukan sahaja kepada para ibu menyusu. Tetapi,  bagus juga kepada semua wanita. Apa yang bestnye,  jika kita ambil ostematrix ketika menyusukan bayi.

-Baby kita akan mudah lawas
-Ibu menyusu juga mudah lawas
-Elakkan terkena gastrik sebab kebanyakan ibu menyusu ketika itu,  akan lewat makan
-Elakkan para ibu krem atau lenguh lenguh badan (zat sudah diambil oleh sianak ketika menyusu)
-Menyediakan kalsium yang bermutu tinggi kepada anak
-Bantu perbanyakkan susu ibu
-Elak risiko osteoporosis
-Elakkan PMS

ALFALFA COMPLEX

-Membuang toksin dalam badan
-Membuang angin dalam badan
-Milk Booster
-Meneutralkan asid dalam badan
-Mengawal kolestrol dalam darah
-Mengatasi masalah kulit elergy
-Menyingkirkan lemak dan kolestrol
-Melegakan sembelit
-Merawat keputihan wanita
-Melegakan sakit sendi

VITALEA IRON FORMULA

-Lengkap dengan Multivitamin dan Mutimineral
-Mengandungi lebih tenaga, nutrien dan perlindungan

SUSTAINED RELEASE VITAMIN C

-Untuk perkembangan dan membaik pulih tisu tubuh
-Perkembangan sistem imun
-Baik pulih luka
-Sintesis koligen
-Baby kita tidak akan mengalami kekurangan vitamin c
-Vitamin c terbaik kerana formula sustained release akan membekalkan secara berperingkat dalam tempoh 5 jam setelah diambil
-Vitamin c merupakan vitamin larut air,  so ia mudah disalurkan melalui susu ibu

B COMPLEX

Paling patut diambil oleh ibu menyusu. Ini kerana,  ketika sesi penyusuan kita akan sering merasa letih dan ini juga akan menggangu emosi kita.

Bagusnye B complex shaklee ini,  ia akan menstabilkan emosi kita dan sekali memberikan kita ketenangan. Jadi,  ketika menyusukan anak. Kita tak akan emosi emosi lagi. Untuk konsultadi boleh hubungi huda di www.wasap.my/60177045796

Salam sayang

Huda

Omega Guard Shaklee Untuk WAHM

‏KENAPA WAHM (sesiapa je pun sebenarnya…) PERLUKAN OMEGA GUARD?

Biasanya orang kaitkan Omega-3 (komponen asid lemak omega dlm Omega Guard Shaklee) dgn perkembangan minda kanak2. Kan…

Sebenarnya Omega Guard Shaklee ni sgt banyak fungsi dia especially utk mak2 yg superbizi nih.

1. Meningkatkan fungsi GREY MATTER. Grey matter adalah komponen otak yg utama, yg berfungsi menghantar signal kepada saraf2 yg lain. Ia memainkan peranan dalam peningkatan tisu otak di bahagian KEGEMBIRAAN.

Jadi kalau asyik sedih2, amalkan Omega Guard ye!

2. Dalam satu kajian yg diterbitkan oleh Neuroendocrinol Letter membuktikan bahawa masalah disipline, ketidakjujuran, malah kecenderungan nak buat benda elok berkaitan dgn kekurangan serum Omega-3 dalam otak.

Haaaa, kalau SUKAR NAK MENDISIPLINKAN DIRI, amalkanlah Omega Guard ye.

3. Jurnal Biology Pshyciatry menerbitkan satu kajian bahawa orang yg mengalami tekanan perasaan mengalami kekurangan omega 3 dalam otak.

Jadi kalau asyik STRESS sila amal Omega Guard bersama B Complex.

4. Terdapat banyak kajian yg membuktikan kekurangan Omega 3 berkaitan dgn masalah susah nak ingat terutama benda2 yg dipelajari.

Jadi kalau nak cepat tangkap & cepat ingat, amalkan Omega Guard ye.

Amalkan Omega Guard supaya jimat masa nak belajar benda baru….sekali baca/dengar terus faham. Maklumlah mak2 ni bukan ada masa sgt nak ulangkaji banyak2 kali. Jadi amalkan Omega Guard bersama doa dimudahkan kefahaman…. Supaya kita cepat dan mudah tangkap. Takdela berbulan2 sangkut kat bab sama sbb tak faham2 😅

Dan agar happy selalu, Omega Guard mesti ambil setiap hari & kalo nak tau, masalah2 mental mcm perasaan agresif, suka buat jenayah, fidofilia semua tu ada kaitan dgn kekurangan Omega-3. Dlm Quran pun ada sebut ttg makan ikan kan…

Banyakkan sharing tentang Omega Guard agar semua orang amik.. Bukan ibu mengandung, kanak2, org ada masalah kesihatan je tau… Semua orang kena amik. Bila semua orang happy barulah masyarakat jd harmoni kan 😊

**kesemua fakta di atas back up by studies, bukan cakap2 kosong atau assumption je.

FAQ Vivix Shaklee Untuk Kesihatan

Assalammualaikum..

Hari ni,  Huda nak berkongsi tentang soalan yang kerap ditanya oleh kebanyakan pelanggan Huda mengenai Vivix Shaklee.

Semoga dengan entry Huda ini,  dapat menjawab sedikit sebanyak tentang Vivix Shaklee yang merupakan produk yang paling mewah di shaklee.

Jom baca tentang Vivix Shaklee:

Q:Apa itu Vivix

A:Vivix  kalau anda nak tahu,  ia merupakan satu penemuan revolusi baru dalam pemakanan polifenol.Vivix mengandungi satu campuran botanikal yang eksklusif,hebat dan pattern tertunda.

Apa yang paling best mengenai vivix ini adalah pattern tertunda, pattern tertunda ini bermaksud formulasi di dalam vivix itu tidak akan boleh ditiru oleh mana mana syarikat produk kesihatan yang lain. So, sangat berkualiti kan Vivix ni.

Ada satu kajian di jalankan kepada vivix shaklee ini,  ia dapat menggalakkan rangsangan penuaan yang sihat.

Q:Siapa yang memerlukan Vivix

A:Orang dewasa yang ingin mendapatkan khasiat polifenol semulajadi yang tinggi. Iaitu khasiat antioksidan yang tinggi dalam Vivix.

Q:Bolehkah menggunakan Vivix dengan suppliment lain

A:Ya, boleh. Nutrien nutrien penting yang ada dalam vitamin bergabung bersama polifenol dalam vivix akan memberi sokongan spektrum penuh bagi mendapatkan gaya yang lebih sihat.

Q:Apa yang menjadikan anggur Muscadine di dalam Vivix berbeza dengan anggur yang lain.

A:Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui dan paling mujarab dengan profil unik polifenol yang merupakan antioksida yang tinggi.

Anggur Muscadine berbeza juga kerana ianya bersaiz besar berbanding buah anggur biasa. Anggaran harga bagi sebiji anggur Muscadine ni pun mencecah Rm100 sibiji.

Q:Apakah Polifenol

A:Polifenol adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan fitonutrien (nutrien berasaskan buah buahan dan sayur sayuran yang berwarna warni) yang mempunyai kaedah antioksidan dan berpotensi memberi kesan dalam perlindungan terhadap penuaan selulular dan sekaligus membantu penambahbaikan terhadap tahap kesihatan manusia.

Q:Apakah Resveratrol

A:Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal di seluruh dunia.

Q:Berapakah banyak Revestrol dal Vivix

A:Vivix menyediakan 100mg resveratrol bagi setiap hidangan. Exstrak resveratrol ini mempunyai kandungan resveratrol semulajadi sebanyak 98% (berpandukan kajian saintifik terbaru) .

Vivix adalah menjangkaui daripada resveratrol, kerana ia digabungkan dengan polifenol yang terdapat pada anggur Muscadine.

Mengikut kajian gabungan ini, akan menjadi 10x ganda lebih berkuasa darpada resveratrol itu sendiri.

Q:Bilakah waktu sesuai untuk ambil Vivix

A:Minum satu sudu teh selepas makan setiap hari (sarapan pagi/tengahari).Goncang sebelum minum.

Q:Bolehkah diambil lebih 1 sudu teh setiap hari.

A:Tidak perlu, kerana di dalam Vivix ada campuran resveratrol dan phytonutrient yang bersifat antioksidan yang kuat dan akan memberi kesan 10x.

Q:Berapakah jangka hayat Vivix .

A:Hanya 9 bulan, setelah dibuka.

Ini adalah sebahagian soalan yang sering ditanya. Semoga Huda telah menjawab persoalan anda.

Contact Huda untuk Konsultasi percuma www.wasap.my/60127308930

Salam Sayang,
Huda

 

 

 

 

Awasi 10 Simptom Ketika Mengandung

Assalammualaikum..

Pengalaman saya, simptom ketika mengandung tidak begitu sukar. Saya hanya mengalami morning sickness yang teruk dalam masa 2,3 hari sahaja.

Tetapi, bagi ibu mengandung yang lain kemungkinan simptom ketika mengandung berbeza.Tidak, semuanya sama.Ada yang sukar dan ada yang tidak mengalami masalah langsung.

Justeru itu, para ibu perlulah membaca beberapa panduan di bawah bagi awasi 10 simptom ketika mengandung. Sebagai langkah persediaan ketika mengandung.

1. Sakit abdomen

Sakit yang teruk atau rasa mencucuk-cucuk pada bahagian abdomen atau atas perut, sama ada disertai dengan loya atau tidak.

Boleh jadi petanda bagi beberapa perkara:

-Kemungkinan para ibu mengandung mengalami ketakhadaman yang teruk, jangkitan virus dalam perut atau keracunan makanan.
-Sekiranye ibu mengandung dalam trimester ke 2, mengalami mungkin menandakan pre eklampsia, iaitu masalah serius yang memerlukan rawatan segera.

2.Sakit di bahagian bawah perut.

-Sakit teruk di satu sisi atau ke dua dua sisi perut, kemungkinan boleh terjadinya perkara ini:

-Ligamen ibu mengandung mungkin tertarik.
-Mengandung luar rahim @ ektopic pregnency.
-Fibriod menyusut
-Kelahiran pra matang.
-Keguguran.

3.Demam

Jika, suhu ketika mengandung lebih 37.5 darjah celcius tetapi tanpa sistem flu atau selesema, segera hubungi doktor.

-Kemungkinan ibu mengandung ada jangkitan.

4.Gangguan penglihatan.

Dapatkan rawatan sekiranya dalam masa trimester kedua, ibu mengandung mengalami kabur, ternampak tompok tompok bersinar.

-Ia mungkin simptom pre ekslampia.

5.Pendarahan faraj

Mengalami pendarahan yang ringan tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses implantasi.

Tetapi sekiranya, ibu mengandung mengalami simptom pendarahan.

Perlulah segera berjumpa doktor.

-Kemungkinan akan berlaku kandungan luar rahim ataupun keguguran.

Yang ini,  saya pernah rasa. Sakit ya amat sangat. InsyaAllah,  berpeluang saya akan share pengalaman saya.

6.Peningkatan rasa dahaga

Jika ibu mengandung mengalami simptom rasa dahaga tetapi kurang membuang air kecil.

-Kemungkinan ibu mengandung mengalami penghidratan yang akan membahayakan ibu mengandung dan juga anak dalam kandungan.

7.Sakit ketika buang air kecil

Sakit ketika buang air kecil disertai dengan suhu badan tinggi, menggigil dan sakit belakang.

-Kemungkinan mengalami jangkitan kuman saluran kencing.

8.Muntah teruk

Muntah lebih dari 2-3 kali sehari akan menghidratkan dan melemahkan diri tetapi tidak membahayakan bayi. Jika mengalami muntah yang teruk,segeralah berjumpa dengan doktor.

9.Pengsan atau pening

-Kemungkinan ibu mengandung ketika itu, kurang makan ataupun mempunyai tekanan darah rendah.
-Jika pengsan perlulah hubungi doktor dengan segera, selepas ibu mengandung sedar.

10.Pergerakan Bayi Perlahan

Tiada pergerakan bayi atau perlahan lebih dari 24jam selepas minggu ke 21.

-Kemungkinan bayi anda tertekan. Jika, sedar bayi anda kurang bergerak seperti biasa. Segera hubungi doktor.

Semoga dengan 10 panduan ini,  dapat membantu serba sedikit ibu yang sedang mengandung.Hubungi Huda pengedar shaklee anda www.wasap.com/60177045796

Salam sayang,

Huda zin

Saya Pengedar Sah Shaklee Johor

Assalammualaikum..

Mari kenali Pengedar Sah Shaklee Johor anda. Nama saya Nurulhuda, berasal dari kluang johor dan kini menetap di Pasir Gudang.

Saya mula mengambil suppliment shaklee, semasa sesi penyusuan anak saya  iaitu sekitar tahun 2012 lagi. Oleh kerana,  suppliment shaklee ini memberi kesan positif kepada saya. Saya terus menjadi ahli dan kini pengedar sah shaklee johor.

Niat pertama saya mengambil suppliment shaklee adalah untuk kekal cergas semasa proses penyusuan. Para ibu breastfeeding pasti mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu badan menjadi letih dan lesu ketika menjalani sesi penyusuan.

Tapi,  alhamdulillah badan saya bukan sahaja cergas dan tidak mudah letih.

Saya tau,  ibu ibu semua pasti mengalami situasi yang saya alami ketika itu, iaitu merasa keletihan dek melayan karenah anak kecil.

Alhamdulillah,  sepanjang saya mengambil suppliment shaklee ni. Saya kekal cergas dan tiada masalah dalam melalui tempoh penyusuan anak saya sehingga berusia 2tahun.

Dengan pengalaman penyusuan yang saya ada ini, insyaAllah  saya akan membantu semampu mungkin  para para ibu menyusu untuk kekal cergas seperti saya.

Sekiranya anda memerlukan konsultasi ataupun ingin membeli produk shaklee daripada saya. Saya akan memberikan nasihat dan cadangan mengikut budget anda.

InsyaAllah..bagi pelanggan saya, saya akan sentiasa guard anda kerana saya buat shaklee bukan sekadar sahaja. Tapi,  saya betul betul mahu membantu anda dan juga rakyat malaysia kekal sihat dengan vitamin semulajadi ini.

Next entry, insyaAllah saya akan ulas satu persatu suppliment shaklee yang saya ambil untuk kekal cergas sekaligus memperbanyakkan susu ibu.

Salam sayang,

Huda

SID 908082

 

 

Continue reading “Saya Pengedar Sah Shaklee Johor”