Awasi 10 Simptom Ketika Mengandung

Assalammualaikum..

Pengalaman saya, simptom ketika mengandung tidak begitu sukar. Saya hanya mengalami morning sickness yang teruk dalam masa 2,3 hari sahaja.

Tetapi, bagi ibu mengandung yang lain kemungkinan simptom ketika mengandung berbeza.Tidak, semuanya sama.Ada yang sukar dan ada yang tidak mengalami masalah langsung.

Justeru itu, para ibu perlulah membaca beberapa panduan di bawah bagi awasi 10 simptom ketika mengandung. Sebagai langkah persediaan ketika mengandung.

1. Sakit abdomen

Sakit yang teruk atau rasa mencucuk-cucuk pada bahagian abdomen atau atas perut, sama ada disertai dengan loya atau tidak.

Boleh jadi petanda bagi beberapa perkara:

-Kemungkinan para ibu mengandung mengalami ketakhadaman yang teruk, jangkitan virus dalam perut atau keracunan makanan.
-Sekiranye ibu mengandung dalam trimester ke 2, mengalami mungkin menandakan pre eklampsia, iaitu masalah serius yang memerlukan rawatan segera.

2.Sakit di bahagian bawah perut.

-Sakit teruk di satu sisi atau ke dua dua sisi perut, kemungkinan boleh terjadinya perkara ini:

-Ligamen ibu mengandung mungkin tertarik.
-Mengandung luar rahim @ ektopic pregnency.
-Fibriod menyusut
-Kelahiran pra matang.
-Keguguran.

3.Demam

Jika, suhu ketika mengandung lebih 37.5 darjah celcius tetapi tanpa sistem flu atau selesema, segera hubungi doktor.

-Kemungkinan ibu mengandung ada jangkitan.

4.Gangguan penglihatan.

Dapatkan rawatan sekiranya dalam masa trimester kedua, ibu mengandung mengalami kabur, ternampak tompok tompok bersinar.

-Ia mungkin simptom pre ekslampia.

5.Pendarahan faraj

Mengalami pendarahan yang ringan tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses implantasi.

Tetapi sekiranya, ibu mengandung mengalami simptom pendarahan.

Perlulah segera berjumpa doktor.

-Kemungkinan akan berlaku kandungan luar rahim ataupun keguguran.

Yang ini,  saya pernah rasa. Sakit ya amat sangat. InsyaAllah,  berpeluang saya akan share pengalaman saya.

6.Peningkatan rasa dahaga

Jika ibu mengandung mengalami simptom rasa dahaga tetapi kurang membuang air kecil.

-Kemungkinan ibu mengandung mengalami penghidratan yang akan membahayakan ibu mengandung dan juga anak dalam kandungan.

7.Sakit ketika buang air kecil

Sakit ketika buang air kecil disertai dengan suhu badan tinggi, menggigil dan sakit belakang.

-Kemungkinan mengalami jangkitan kuman saluran kencing.

8.Muntah teruk

Muntah lebih dari 2-3 kali sehari akan menghidratkan dan melemahkan diri tetapi tidak membahayakan bayi. Jika mengalami muntah yang teruk,segeralah berjumpa dengan doktor.

9.Pengsan atau pening

-Kemungkinan ibu mengandung ketika itu, kurang makan ataupun mempunyai tekanan darah rendah.
-Jika pengsan perlulah hubungi doktor dengan segera, selepas ibu mengandung sedar.

10.Pergerakan Bayi Perlahan

Tiada pergerakan bayi atau perlahan lebih dari 24jam selepas minggu ke 21.

-Kemungkinan bayi anda tertekan. Jika, sedar bayi anda kurang bergerak seperti biasa. Segera hubungi doktor.

Semoga dengan 10 panduan ini,  dapat membantu serba sedikit ibu yang sedang mengandung.Hubungi Huda pengedar shaklee anda www.wasap.com/60177045796

Salam sayang,

Huda zin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge