Review Eco Tropics Pow-Some Day At The Park

Assalammualaikum..

9/12 haritu, huda berkesempatan ke Eco Tropics Kota Masai. Dekat je ngan rumah Huda, jalan kaki pun boleh haha. Kawasan ini, adalah kawasan perumahan yang dalam proses pembinaan. Kalau nak tengok rumah contoh pun boleh datang ke sini.

Sebelum ini,Huda ada juga ke Eco Tropics untuk menyertai event yang pihak eco buat. Mengikut tema juga,  tapi Huda dah lupa dah tema apa hihi. Kalau tak de event, rasa memang Huda tak masuk ke sini haha.

Rumah di situ memang cantik, kenalah dengan harganya mencecah rm400k++ . Huda, pergi sana.. sambil sambil tu amikla aura ?. InsyaAllah, mana tau melekat.

Apa yang Huda nak berkongsi. Dalam bulan bulan tertentu ataupun musim perayaan. Pihak eco tropics biasanya,  akan buat satu event mengikut tema ..contoh yang baru baru ni, Huda gi tema cat + krismas.

Dengan harga rumah yang mungkin bagi orang orang biasa tidak mampu beli. Nak masuk sini pun mungkin pikir beribu kali kan haha. Dengan alternatif pihak terbabit membuat event dan di buka kepada public, seperti ini sekaligus akan menarik orang biasa biasa untuk pergi ke Eco Tropics ni.

Masa Huda pergi ke sana, memang ramai yang datang. Pelbagai kaum dan pelbagai lapisan masyarakat. Ramai juga bergambar di hadapan rumah bernilai rm400k++ tu amik aura. Bila lagi kan nak bergambar kalau bukan masa event macam ni.

Jadi, mereka mereka yang datang ni. Mengambil kesempatan bertanya tentang harga rumah dan berbincang dengan pegawai bertugas tak kira pangkat. Mana tahukn rezeki, kita yang biasa biasa ni pun boleh beli rumah ni. Layanan yang diberikan pun sama sahaja tak kira pangkat dan sebagainya.

Nah,bijak kan cara marketing mereka. Pihak develop pandai mengambil peluang. Walaupun kos untuk membina ataupun merangka event itu memerlukan modal yang banyak,  tetapi mereka buat sahaja.

Bukan apa,  setiap tema tu kan berubah ubah dia punya dekorasi, mesti modal pun lebih kan. Yang dekorasi yang lama dibuang dan buat pula yang baru.

Dengan adanya event seperti ini juga, Huda lihat mereka dengan senang sahaja mendapat database customer dengan percuma.  Ini kerana,  sebelum masuk ke Eco Tropics kami perlu mengisi form yang memerlukan kami mengisi maklumat kami.

Itu belum lagi,  yang mengisi detail secara online. Macam Huda, Huda guna barcode sahaja sebab Huda dah daftar dulu secara online.

Barcode ticketnye seperti di bawah:

eco tropics

Bagi sesiapa yang berkesempatan ke pasir gudang, johor. Bolehlah ke eco tropics ni, memang best. Jom layan gambar gambar Huda dan family ketika di sana.

Suami bersama zirafah hihi,  zirafah ni diperbuat daripada cebisan kotak tau.

eco tropics

eco tropics

eco tropics

eco tropics

eco tropics

eco tropics

Gambar kuda di atas ni pun, dibuat daripada cebisan kotak. Smart kan ?

Bagi pencinta kucing,  Huda pasti korang mesti geram sangat kan tengok patung patung kucing yang comel comel ni haha.

Ok,  setakat ini dulu review Huda. InsyaAllah lain kali eco tropics buat lagi,  pasti Huda datang dan buat review lagi.

Salam sayang,

Huda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge