Sakit Perut Ketika Awal Hamil

Assalammualaikum..

Mengikut pengalaman Huda,  yang pernah melalui ectopic pregnancy.  Salah satu simptom ectopik adalah sakit perut ketika awal hamil. Tetapi,  sayangnya ketika itu huda tidak mengetahui yang huda ni sedang hamil.

Para ibu, yang sudah mengetahui anda hamil. Perlulah segera ke hospital sekiranya ada mengalami simptom sakit perut ketika awal hamil. Kerana,  jika lewat ia akan mendatangkan bahaya kepada para ibu.

Antara simptom sakit perut ketika awal hamil,  yang boleh diklafikasikan sebagai ectopic pregnancy adalah seperti

1.Bisa dibahagian perut ataupun diari ari

Biasanya sakit perut ni,  bukan macam sakit perut biasa. Ianya sakit seperti keguguran dan juga senggugut.

2.Rasa krem sangat sehinggakan susah nak bergerak.

3.Pendarahan yang berlarutan.

4.Rasa sakit perut seakan nak pengsan.

Simptom ini semua,  telah dialami oleh Huda sendiri.

Ok,  sekarang

Macam mana nak detect?

Cepat cepat gi hospital, dan lakukan

1. Ultrasound

Early ultrasound scan sangat penting untuk pastikan kandungan adalah di dalam rahim. Walaupun nampak kantung, nampak janin dalam ultrasound scan, sekiranya kantung itu tidak jelas kelihatan terletak didalam rahim, ectopic pregnancy masih mungkin berlaku.

Ultrasound boleh dilakukan melalui dua cara iaitu transvaginal ultrasound dan transabdominal ultrasound. Kedua2 cara ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2, doktor akan menerangkan bila ia sesuai untuk digunakan.

2. Blood test.

Serum Beta HcG sahaja tidak boleh digunakan untuk membuat diagnosis ectopic pregnancy sebaliknya membantu doktor untuk membuat diagnosis beserta dengan ujian ultrasound. Jadi ultrasound tetap perlu dilakukan.

Jadi, apa cara sekiranya kita didapati ectopic pregnancy ataupun kandungan luar rahim. Huda tau,  sedih memang la sedih. Terutama bagi mereka yang sudah lama menginginkan anak.

1.Redha

Anggaplah kita belum ada rezeki lagi dan serah sepenuhnye kepada Allah swt. InsyaAllah,  bila kita redha,  kita akan dapat yang lebih baik.

2.Joint group ectopic difacebook

Bila kita joint group yang mengalami nasib yang sama seperti kita.Kita akan mula termotivasi dan semangat kembali. Sebab,  ectopic pregnancy ini ada pelbagai jenis. Mungkin nasib kita tak buruk berbanding yang lain.

3.Google, tambah ilmu mengenai ectopic pregnancy

Macam Huda,  jika huda tidak mengalami ectopic pregnancy.Mungkin Huda tak amik tahu tentang kes ini. Sebab, kita tak mengalaminya kan. Ini juga jadikan kita berilmu dan lain kali,  kita lebih berhati hati.

Moga kita semua tabah ia menghadapi setiap dugaannya. Hubungi Huda untuk konsultasi dan hubungi Huda untuk vitamin ectopic pregnancy 017-7045796

Salam sayang,

Huda

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge