Perbezaan Vivix Shaklee

Assalamualaikum semua

Jom hari ni kita belajar tentang perbezaan produk Shaklee paling power di seluruh dunia.

Tahu tak Vivix ni sebenarnya berbeza2 di setiap negara? (Bkn Vivix je, produk2 lain pun sama). Ini kerana regulation (KKM & kementerian negara2 lain) yg berbeza.

Paling ketara ialah FORMULA & CAMPURAN berbeza.

Contohnya, Vivix Canada (kosher) tak ada muscadine grape. Vivix USA ada Vitis Venifera (anggur yg digunakan utk buat wine). Ada Vivix yg mengandung blackcurrant dan sebagainya.

Cara Vivix didaftarkan pun berbeza. Di Malaysia ia kategori makanan. Di USA ia adalah Dietary Supplement. Di Kanada ia antioxidant solution.

So kalau anda nak baca ttg Vivix Malaysia, baca website Shaklee Malaysia je. Jgn baca website Shaklee USA, Kanada, Mexico, China dan lain2 sbb semuanya berbeza.

Dan Shaklee amatlah patuh kepada regulation2 di setiap negara. Walaupun katakan Vivix Malaysia out of stock, Shaklee takkan seludup Vivix negara lain masuk Malaysia.

Sebab tu lah walaupun produk kita lama takde (contohnya Zinc) Shaklee takde bawa masuk Zinc dari taiwan ke singapore ke… ke Malaysia.

Kalau ada kawan2 anda yg baca ttg Vivix di web negara lain, inform diorang supaya refer web Shaklee Malaysia sahaja.

(Apa je yg keluar di web Shaklee & buku produk adalah mendapat kelulusan Medicine Advertisements Board (MAB), boleh tgk ada nombor KKLIU di situ)

Salam sayang,

Huda

Mengapa Saya Adalah Mentor Anda

Assalammualaikum..

Hari ini Huda hendak mengajak mereka yang sedang mencari cari bisnes untuk dijadikan sebagai pendapatan sampingan untuk sertai kami dalam bisnes ini secara bersungguh sungguh.

Kalau nak jadi ahli shaklee untuk makan sendiri pun boleh. Asalkan korang, memilih mentor yang betul.

7 Sebab mengapa memilih Huda sebagai mentor anda

1.Group Support Untuk blog, facebook, ig dan youtube (sedang usahakan)

Huda merupakan founder bagi group OSTeam. Di group, Huda akan membantu anda dari segi marketing, motivasi,basic teknikal blog dan sebagainya.

Di group support, Huda akan sediakan pelbagai poster untuk marketing, testimoni dan copywriting.

Jadi, bagi yang baru dan tak de idea untuk memulakan posting dan sebagainya. Boleh menggunakan tools tools yang Huda sediakan.

2.Sentiasa membantu

Huda menganggap semua ahli di bawah Huda seperti adik beradik dan anak beranak. Ini kerana, Huda benar benar ingin membantu anda berjaya sepertimana Huda berjaya.

Tiada jurang, semua ahli Huda adalah sama. Ilmu yang Huda curahkan pun sepenuh hati dan seikhlasnya.

3.Buat sampai jadi

Huda akan membantu anda tanpa lelah dan berterusan sehingga anda berjaya. Tiada istilah lupakan dowline dalam team Huda ini.

4.Pembelajaran akan dilakukan secara online

Bagi yang jauh, Huda akan membuat kelas secara online.Ada yang tak faham just tanye dan tanye sehingga faham dan terus bertindak

5.Konsep pembelajaran yang tidak begitu menekan tetapi tegas

Konsep mentor dan mentee Huda, Huda tak kisah kalau anda mempunyai pelbagai idea di dalam team. Huda alu alukan, anda bebas bersuara dan memberi pendapat.

6.Kepakaran dalam bisnes tanpa modal

Huda tidak menggalakkan membuat pinjaman untuk membuat bisnes. Dengan team Huda, Huda akan ajar bagaimana teknik supaya dari tiada modal pun.. boleh membuat sale dan bonus dari shaklee .

7.SEO

Teknik ni sangat sukar, insyaAllah Huda akan ajar basic bagaimana untuk score dalam SEO. Ni Huda masih lagi proses belajar, kita akan buat sama sama.. insyaAllah.

Bagi mereka yang berminat untuk joint team Huda, bolehlahla wasap Huda ea. Huda pastikan korang akan seronok sangat bila joint team Huda ni

Sambil sambil tu.. Boleh la menonton video yang Huda baru upload ni..

#kelebihanbisnesshaklee

https://youtu.be/3n_cDS_zxK0

Mahu Joint Huda dalam Shaklee?

www.wasap.my/60177045796

Habit Dan Kejayaan

Orang berjaya mempunyai beberapa tabiat yang membuat mereka berbeza daripada orang lain.Tabiat ini, lama kelamaan akan membuatkan mereka berbeza.

Huda juga mempunyai habit..

Antara tabiat Huda adalah

1.Banyak bertanya

Ad sesuatu di dalam bisnes yang Huda tak faham.. Huda akan tanya sampai faham dan buat.

2.Suka menimba ilmu

Kelas offline setakat ini, tak pernah joint lagi. Tapi, kebanyakan kelas online.. Huda tak pernah miss. Untuk menjadi leader, kita perlu penuhkan ilmu di dada dahulu.. supaya dapat menyandang tanggungjawab.

3.Spend 15-30 minit untuk membaca

Walaupun tak sempat atau sibuk macam mana pun. Huda cuba mewajibkan diri untuk membaca, walaupun hanya sehelai muka surat.

4.Bertindak ataupun buat je

Walaupun Huda tak tahu, apa yang Huda lakukan itu.. berjaya atau tidak. Huda jalan je terus.

5.Ikhlaskan hati

Buat apa apa pun.. Huda ikhlaskan hati,buat baik tanpa balasan.

6.Suka mencuba benda baru

Walaupun tak pasti boleh buat ke tak. Huda akan cuba, sebab kalau tak cuba tapi sebenarnya kita boleh buat. Takut menyesal.

Beberapa habit Huda ini mudah mudahan menjadikan Huda seorang yang berjaya. Ini adalah kerana, semua habit yang sedang lakukan ini adalah ke arah yang positif.

I love myself 😘

Pengajaran Di bulan Januari

Assalammualaikum..

5 hari lagi.. Januari akan melabuhkan tirainya. Apa yang Huda lalui sepanjang bulan ini dan juga pengajaran yang diperolehi.

Bulan januari banyak yang Huda pelajari.. Dari apa yang Huda tak pernah buat, Huda usaha pecah tembok. Next month pasti lebih baik.

Cuma yang paling penting satu je..next month, Huda nak melengkapkan semua list dalam MC . Ia merangkumi semua aspek marketing, amalan rohani dan amalan minda.

Bulan ni, tak dapat penuhkan MC lagi.. rasa rugi sebab.. sales setakat ni baru RM1K. Kalau penuhkan lagi pasti lebih dari tu n capai target.

Korang tak tahu ea MC tu apa.. best bagi siapa yang follow.

Joint Huda, Huda akan bagitahu rahsia MC tu

www.wasap.my/60177045796

Omega 3 Dan Otak

Assalammualaikum..

Kalau korang nak tahu.. SebenarnyaΒ 60% drp otak kita terbina daripada lemak, & 20% dari lemak ini adalah DHA. DHA paling banyak terdapat di neuron. Neuron adalah sel dalam sistem saraf yg bertanggungjawab menghantar signal ke seluruh tubuh kita.

Jadi, mmg sangat penting kita amalkan pengambilan Omega-3 utk menjaga otak kita & memperbaiki sel otak yg tercedera.

Banyak kajian dibuat terhadap kepentingan omega 3 kepada tubuh kita, korang boleh baca dlm link di bawah, siap dgn research papers yg buat lagi. Ada 100+ research papers:

===> https://authoritynutrition.com/17-health-benefits-of-omega-3/

Pendekata jgn tak makan ikan & jgn tinggal Omega Guard. Sgt banyak kepentingannya.

Salam sayang,

Huda

Shaklee Effect Huda Dan Vitamin C

Assalammualaikum. .

Hari ni, Huda nak share tentang #shakleeeffect Huda setelah menggunakan produk shaklee. Antara produk yang Huda konsisten amalkan adalah sustained release vitamin c.

Kalau ikotkan, setiap pagi hidung Huda akan merenyam gatal gatal. Hidung berair, terutama pada waktu sejuk. Nak buat apa pun susah kan, sebab mukus dok keluar je πŸ˜…

Alhamdulillah, setelah mengamalkan vitamin c shaklee ni.. kekerapan untuk mengalami gatal gatal hidung sudah berkurangan. Tak delah, nk menggaru garu atau tonyoh tonyoh hidung lagi sebb gatal.

Yang paling best, bukan sahaja gatal gatal hidung mulai hilang. Tetapi, menjadikan kulit Huda semakin bersih dan awet muda πŸ˜€. Formulasi sustained release yang ada pada vitamin c shaklee nilah, yang menjadikan ianya mendapat permintaan ramai.

Kalau nak tahu serba sedikit tentang sustained release vitamin c ini, bolehlah klik link di bawah

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1716755155042826&id=100001250757304

Korang nak cuba vitamin c shaklee juga,cepat cepat wasap huda

www.wasap.my/60177045796

Salam sayang,

Huda

Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Assalammualaikum..

Salam hidup luar biasa 😊..

Hari ni, Huda nak story.. mengapa Huda jatuh cinta dengan produk shaklee sebagai makanan tambahan Huda. Walaupun di luar sana, banyak suppliment yang dijual.. Tetapi, Huda tetap bertegas untuk mengambil suppliment Shaklee sebagai makanan tambahan kami sekeluarga.

Walaupun banyak isu, berkaitan dengan suppliment ataupun makanan tambahan ini. Tapi, pada Huda.. ia bergantung kepada cara pemprosesan,kajian dan juga quality yang dipertengahkan oleh syarikat tersebut.

Antara 3 sebab mengapa Huda memilih shaklee adalah:

1.Shaklee – Always Safe

-Menjalani lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun.
-Potensi yang dijamin=>pengesahan dari pihak ketiga.
-Keaslian dijamin=>350 ujian pencemaran dilalukan bagi setiap bahan botani.
-100% kepuasan dijamin

2.Shaklee – Always Green

1.Tiada perisa tiruan
2.Tiada pemanis tiruan
3.Tiada pewarna atau lemak trans
4.Tiada suapan tersembunyi
5.Tidak menjalani ujian terhadap haiwan
6.Tiada mengandungi bahan terlarang

3.Shaklee – Always work

1.USD 250 juta dilaburkan terhadap ujian ujian,kajian dan pembangunan (R&D)
2.70 kajian klinikal telah diterbitkan
3.Terdapat 60 saintis shaklee
7.50 patents

Cara bagaimana kajian pemakanan supplimen shaklee ini dijalankan.

1.Ia telah dikendalikan melalui pengumpulan data secara atas talian dengan pakar epidemiologi nutrisi yang terkenal iaitu Dr,. Gkadys Block, Ph. D dari UC-Berkeley, Fakultu Bahagian Kesihatan Awam.

2.Data sebanyak 602 orang dari gabungan bukan-pengguna dan 176 orang pengguna satu jenis suppliment telah diambil daripada kajian Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan (NHANES).

3.Kajian pemeriksaan nutrisi dan kesihatan kebangsaan (NHANES).

-Mempunyai data yang terperinci daripada kajian yang telah dijalankan sebelumnya, keatas para pengguna.

1.Pengguna tidak mengambil suppliment
2.Pengguna yang mengambil satu jenis suppliment sahaja
3.Pengguna pelbagai suppliment shaklee jangka masa panjang

4.Maklumat mengenai diet dan pengambilan suppliment,senaman, status kesihatan telah diperolehi melalui borang kajiselidik secara atas talian dan pemeriksaan fizikal dijalankan terhadap 278 orang yang berumur lebih daripada 20tahun yang mengambil pelbagai suppliment shaklee dalam jangka masa panjang.

5.UC berkeley menyemak semua statistik,menganalisa semua darah yang diambil,menulis kajian dan mempunyai kawalan penuh terhadap keputusan yang dihasilkan. Shaklee hanya membiayai kajian tersebut, dan keputusan yang diperolehi tidak hanya berpihak kepada shaklee.

6.Apabila kajian ini selesai, UC berkeley telah menghubungi penerbit shaklee mahukan ianya disemak oleh penilai sejawat.

Piawaian penting untuk semua ujikaji klinikal di mana panel para saintifik bebas mengakses data, bagi memastikan ketepatan data yang dihasilkan.

…dan hasil dari kajian tersebut amat mengagumkan..

Kajian pemakanan suppliment shaklee merupakan kajian pertama yang seumpamanya bagi para pengguna suppliment yang menunjukkan bahawa para pengguna suppliment shaklee jangka masa panjang mempunyai kesihatan yang lebuh baik.. berbanding mereka yang mengambil suppliment lain.

Dalam kajian ini, kami mendapati pengguna pelbagai suppliment jangka masa panjang mempunyai:

1.Tahap Nutrien Darah yang lebih baik

Tahap nutrien darah biasanya meningkat dengan peningkatan pengambilan suppliment.Folat,vitamin c, Alpha & Beta karotena dan vitamin E mempunyai tahap optimum yang konsisten.

2.Penanda Aras utama kesihatan jantung yang lebih baik

3.Tahap Vitamin D dan Zat besi yang selamat

4.Risiko Menghidapi penyakit lebih rendah

Kajian menunjukkan bahawa pengguna pelbagai suppliment mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap peningkatan tekanan darah, kencing manis dan lebih ramai berasa kesihatan mereka adalah “lebih baik atau hebat”.

Mengikut kajian daripada 278 pengguna pelbagai jenis suppliment shaklee tiada seorang pun yang dikenalpasti sebagai “berisiko tinggi” oleh pertubuhan jantung Amerika.

Yang best shaklee ni, ia bukan melakukan sendiri kajian terhadap produk mereka. Sebaliknye, mereka melantik pihak ketiga untuk membuat kajian.. ia bukan sahaja akan mendatangkan risiko kepada syarikat sekiranya, kajian yang dilakukan itu gagal.. tetapi akan merosakkan imej syarikat juga.

Oleh kerana diyakini produk shaklee ini betul betul berquality,maka Huda decide untuk consume produk shaklee ini.

Salam Sayang,

Huda

Lifestyle Idamanku

Assalammualaikum..

Salam ceria..

Bila sebut impian, Huda pasti anda semua mempunyai impian. Orang kata, kalau tak de impian tak bermaknalah hidup ni kan.

Ok..Antara kehidupan Huda, yang Huda sangat sangat inginkan adalah..

1.kehidupan yang sederhana,selesa dan cukup sempurna walaupun sudah berjaya.

2.Nak sgt makan, makanan yang organik sebab makanan organik ni memang bebas dari bahan bahan kimia.. betolkan, dengar dengar makanan organik ni, harganya mahal.

3.Ada duit, tapi kita boleh wat pilihan.. pilihan macam mana tu, maksudnye.. macam ni,kita nak beli beg,baju mahal boleh. Kalau tak beli pun tak pe. Sebab, kita ada duit yang cukup. Jadi, tak kisah pun mana mana.

4.Membantu masyarakat dengan gaya hidup sihat dan back to nature. Zaman sekarang ni kan, macam macam sakit ada.. Huda nak masyarakat lebih utamakan mencegah penyakit dari merawat.

5.Melakukan amal ibadah dengan tenang

Pengalaman yang Huda nak.. sangat,Huda rasa:

1.Berbacpakers bersama suami dan anak.

2.Buat sesuatu dari kebiasaan.

Huda ni gayat, Huda nak cuba melakukan sesuatu yang gayat tu.. contoh melakukan terjunan payung terjun, menaiki kabel,menaiki belon panas dan sebagainya.

3.Berenang

Huda takut nak berenang, Huda nk buat juga sampai jadi.

4.Travel sekeliling dunia

5.Belajar pelbagai bahasa

6.Bergambar disetiap 7 tempat keajaiban dunia

7.Trip memancing bersama suami

Apa yang Huda nak perjuangkan untuk kehidupan Huda 5,10,20 tahun akan datang.

-Huda mahu financial freedom yang membolehkan Huda membeli tanah untuk dibuat kampung sendiri.. yang membolehkan Huda bebas membuat aktiviti sendiri, berlandaskan syariat islam.

-Huda mahu, taqin belajar tentang agama di peringkat lebih tinggi lagi.. menuntut ilmu dengan para sheikh.

-Mengerjakan haji bersama keluarga abah, mak, suami, anak dan ibu mertua.

Semoga impian Huda ini, dipermudahkan..amin.. untuk memiliki kehidupan impian.. bermulanya usaha dari sekarang..

Salam Sayang,

Huda

Hobi My State Enjoyment

Assalammualaikum..

Hari ni, Huda nak bercerita mengenai Hobi.Kalau cite pasal hobi ni, sebenarnya.. banyak hobi Huda ni. Pada Huda, apa yang Huda suka dan membuatkan Huda happy. Tu la Hobi Huda..

Nak tahu hobi Huda.. meh Huda berkongsi sikit.

Semestinya hobi Huda adalah makan, haha.. bukan apa.. Huda ni, memang suka makan.. so, Huda jadikan hobi Huda tu like jalan jalan cari makan. Apa pun makanan yang Huda tak pernah rasa, Huda akan cuba jugak.. walaupun rasanye tu tak sedap. Yang penting cuba πŸ˜€.Best tau, kalau kita ni berani mencuba makanan yang lain dari yang lain.Dengan cara tu, kita leh kenal budaya orang.

Bercamping.. paling seronok, dengan bercamping ni.. bukan sahaja menjadikan fikiran kita releks dan tenang, tapi mengajar kita juga supaya mensyukuri nikmat hidup. Camping kan agak payah kena bawah khemah la, macam macam, masak pun guna apa je yang ada.. betulkan tu cara untuk mendidik diri kita 😊.

Hiking.. belum lagi buat, tapi dah plan. Memang tak sabar nk hiking. Suami cakap stamina kena kuat.. haha, Huda cabar diri ok πŸ˜‰.Hiking ni, biasanya ia akan mengajar kita tentang kesabaran, ketabahan, kerjasama dan paling penting mengajar kita bagaimana membuat keputusan.

Memancing… hehe, suka ikut suami memancing. Best, boleh mengajar kita erti kesabaran tau. Dapat ke tak dapat ikan, tak kisah janji dapat ikut πŸ˜‚

Membaca buku,dulu sangat rajin membaca. Huda suka baca buku yang berkaitan sejarah lama, novel novel islamic dan lain lain. Leh tgk kat bawah nanti.. buku apa.Itu baru sebahagian..Yng lain..Huda, lupa letak mana. Ada sebahagian buku di bawah tu.. agak berat juga ayat yang digunakan.. tak pe, tu semua boleh merangsang otak kanan kita.

Ok, skarang ni, Huda nk cuba baca pula buku buku english berkaitan nutrisi ataupun bisnes. Lambat takpe, janji ada kamus sebelah πŸ˜‚πŸ˜‚

InsyaAllah, apa pun hobi yang buatkan kita happy dan seronok.. teruskanlah, walaupun orang lain tegah apa yang kita suka. Janji kita tahu apa yang baik dan buruk..

Salam Sayang,

Huda

Target Huda Dalam Shaklee

Assalammualaikum..

Dalam bisnes atau apa pun kita buat.. Kita perlu ada target.Dalam bisnes shaklee Huda, Huda Target :

1.Ingin memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mencegah itu lebih baik dari merawat.

2.Memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menggunakan produk samaada produk kesihatan ataupun kecantikan yang bebas daripada bahan bahan kimia yang merbahaya.

3.Berkongsi ilmu dengan masyarakat tentang pentingnya gaya hidup sihat.

4.Masyarakat tahu betapa quality sesuatu produk itu,lebih bernilai dari wang ringgit.

5.Membantu masyarakat dengan memberi konsultasi yang betul dari start pembelian dan selepas pembelian.

Bagi melengkapkan target Huda itu, Huda perlulah:

1.Guna

Menggunakan sendiri produk shaklee bagi menjamin keberkesanan produk.

2.Berkongsi

Huda akan berkongsi tentang #shakleeeffect setelah menggunakan produk shaklee. Kebanyakan produk shaklee Huda dah consume, insyaAllah Huda boleh perjelaskan satu persatu #shakleeeffect produk.

3.Membina

Apabila sudah mendapatkan kesan yang baik dari produk shaklee.Kita boleh bersama sama membina komuniti dan memperjuangkan bersama sama menyeru masyarakat menggunakan produk produk natural yang bebas dari bahan kimia.

4.Menambah ilmu pengetahuan tentang produk dan kesihatan.

Niat Huda cuma satu, ingin membantu masyarakat dengan sikhlas ikhlasnya dan memberi maklumat yang betul kepada masyarakat.

Salam Sayang,

Huda