Cara Recharge Diri

Assalammualaikum..

Hari minggu adalah hari yang paling best bagi Huda untuk recharge diri..seronok sangat kan, sebab masa ni lah betul betul masa untuk kita spend time untuk diri sendiri.

Antara perkara yang Huda paling suka buat untuk recharge diri adalah:

1.Bercamping ditepian pantai

Sudah tentu ni adalah cara paling bagus untuk recharge diri. Sebab di hadapan kita ada unsur air, yang boleh menenangkan jiwa kita. Sambil tu boleh la relex relex kn diri bermeditasi ke ataupun berzikir.

2.Buat senaman ringan

Bersenam dengan cara simple pun tak pe.. untuk mengembalikan aliran darah supaya lancar dan merelekkan badan kita.

3.Memancing

Bukan Huda yang mancing. Tapi, Huda menemani suami yang minat memancing.. selalu suami memang mudah dapat rezeki ikan besar besar tau. Haha, ni pun boleh recharge diri Huda. Buat apa yang kita suka.

4.Tido di Hotel

Sebab, mengikut kata upline Huda.. sekiranya kita nak mendapat ide yang mencurah curah ataupun recharge diri. Bolehlah keluar dari rumah,sebab enviroment akan berubah bila kita di tempat lain.

5.Hiking

Dalam perancangan ngan suami. .kami akan hiking sama sama.Memang teringin sangat nak berhiking.. bila kita dah suka dan minat, pasti ianya dapat membantu kita recharge diri.

6. Mencuba menpelajari bahasa asing

Perkara yang paling seronok untuk dibuat, dengan mempelajari bahasa asing… menjadikan kita, jauh dari memikir tentang kerja dan sebagainya.

7.Beraffirmation

Ni sangat sangat membantu mendidik minda bawah sedar kita.. bantu juga recharge diri kita ni.

8.Lebihkan amalan rohani, dengan berzikir lebih dari hari biasa.

9.Mandi dengan air hangat

Seharian menadap kerja yang memenatkan minda, ambil beberapa minit untuk mandi dengan air suam.. membantu sangat untuk recharge diri.

10.Membaca buku english

Agak sukar juga, tapi Huda cuba membaca dengan berpandukan kamus. Membantu juga kepada Huda untuk recharge diri sebab membuat perkara di luar kebiasaan.

11.Breathing

Melakukan teknik pernafasan

12.Ketawa

Ni memang best, seharian wat kerja dengan stress.. jumpe kawan kawan ataupun menonton cerita cerita lawak, akan membantu untuk kita recharge diri.

Ok setakat itu sahaja teknik teknik recharge diri yang Huda buat dan akan buat untuk merelekkan diri. Semoga bermanfaat.

Salam sayang,

Huda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge