Hobi My State Enjoyment

Assalammualaikum..

Hari ni, Huda nak bercerita mengenai Hobi.Kalau cite pasal hobi ni, sebenarnya.. banyak hobi Huda ni. Pada Huda, apa yang Huda suka dan membuatkan Huda happy. Tu la Hobi Huda..

Nak tahu hobi Huda.. meh Huda berkongsi sikit.

Semestinya hobi Huda adalah makan, haha.. bukan apa.. Huda ni, memang suka makan.. so, Huda jadikan hobi Huda tu like jalan jalan cari makan. Apa pun makanan yang Huda tak pernah rasa, Huda akan cuba jugak.. walaupun rasanye tu tak sedap. Yang penting cuba 😀.Best tau, kalau kita ni berani mencuba makanan yang lain dari yang lain.Dengan cara tu, kita leh kenal budaya orang.

Bercamping.. paling seronok, dengan bercamping ni.. bukan sahaja menjadikan fikiran kita releks dan tenang, tapi mengajar kita juga supaya mensyukuri nikmat hidup. Camping kan agak payah kena bawah khemah la, macam macam, masak pun guna apa je yang ada.. betulkan tu cara untuk mendidik diri kita 😊.

Hiking.. belum lagi buat, tapi dah plan. Memang tak sabar nk hiking. Suami cakap stamina kena kuat.. haha, Huda cabar diri ok 😉.Hiking ni, biasanya ia akan mengajar kita tentang kesabaran, ketabahan, kerjasama dan paling penting mengajar kita bagaimana membuat keputusan.

Memancing… hehe, suka ikut suami memancing. Best, boleh mengajar kita erti kesabaran tau. Dapat ke tak dapat ikan, tak kisah janji dapat ikut 😂

Membaca buku,dulu sangat rajin membaca. Huda suka baca buku yang berkaitan sejarah lama, novel novel islamic dan lain lain. Leh tgk kat bawah nanti.. buku apa.Itu baru sebahagian..Yng lain..Huda, lupa letak mana. Ada sebahagian buku di bawah tu.. agak berat juga ayat yang digunakan.. tak pe, tu semua boleh merangsang otak kanan kita.

Ok, skarang ni, Huda nk cuba baca pula buku buku english berkaitan nutrisi ataupun bisnes. Lambat takpe, janji ada kamus sebelah 😂😂

InsyaAllah, apa pun hobi yang buatkan kita happy dan seronok.. teruskanlah, walaupun orang lain tegah apa yang kita suka. Janji kita tahu apa yang baik dan buruk..

Salam Sayang,

Huda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge