Roadshow Youth At Grand Paragon Hotel

Assalammualaikum..

6 hb aritu.. Huda berpeluang ke Roadshow Youth di Grand Paragon Hotel, JB. Transport Huda masa gi sana naik Grab je haha. Tak pernah naik grab tau ni lah firstime. Oleh kerana nak sangat tahu tentang kelebihan produk Youth ni. Huda langgar je.. Naik grab, grab lah.

Oleh kerana, nak elakkan jem. Huda gerak awal, sampai sana tak de siapa lagi yang datang haha. Cuma Huda je sorang. Huda apa lagi, amik kesempatan la kejap. Berselfie

Dah puas berselfie tu.. Huda mula mendaftar pula sebelum masuk dewan. Dapat lah beberapa buku ni untuk jadikan refer nanti 😀.

Best tau,baru baca sikit broucer ni pun dah rasa best dengan produk YOUTH ni. Belum dengar lagi penjelasan detail dari CHRIS KYROU iaitu Vice President Beauty Research And Development Shaklee Corporation.

Sebelum bermulanya sesi sharing dari Chris ni, Huda sempat la buat Facial Analysis. Untuk mengetahui tahap kulit kita ni macam mana.

Layan video pendek ni jap untuk lihat bagaimana mesin ini berfungsi:

Dan inilah hasil dari Facial analysis tu,

Mengikut data tu, apa yang kulit Huda perlu fokus adalah keanjalan kulit dan juga tone kulit yang tak sekata.

Ha, best kan.. Free free je haritu dapat check skin 😂

Lepas dah check skin tu pulak, Huda gi tengok diorang wat demo YOUTH dan bestnye, Huda pun dapat rasai sendiri produk YOUTH ni. Tapi,demonya hanya di tangan sahaja.

Di tangan pun dah nampak kesan tau. Belum lagi di muka. For sure, mesti lagi awesome.

Kalau compare dengan tangan sebelah memang nampak sangat bersih tangan ni 😊.Sorry la ea, masa ni tangan sebelah sibuk take photo hihi.

Ini, ada sikit video semasa demo tersebut

Sekarang masa untuk mendengar penerangan dari Chris.

Penerangan yang jelas dari Chris ni lah,  baru Huda nampak apa yang bestnye tentang produk Youth ni. Kita boleh jadi muda 10 tahun tau.

Ada juga Chris ni, dia bagi kami lihat slide tentang kajian yang dilakukan keatas wanita around 40-60 tahun. Memang hebat, boleh nampak perbezaan yang kita perolehi, apabila menggunakan Youth ni.

Muda dari usia sebenar tau 😘.10 tahun lebih muda..

Ok, around pukul 9.30 pm gitu..  habis penerangan dari Chris, ada sesi cabutan bertuah pulak.

Yang ni memang berdebar, masa cabutan untuk beg YOUTH tu.. No hampir dengan no Huda tau. No naik 12.No Huda pula 13.Aduh,melepas la nak dapat beg free tu 😂.

Takpe, insyaAllah lain kali.. Mana tau, rezeki Huda kan.

Sebelum balik, Huda sempat la selfie selfie ngan geng shaklee Huda, iaitu IReach. Iaitu salwa under master Hadha, Zaleha under farha ibu cergas dan juga herniee under salwa 😊.

Best, dapat kenal kenal ngan diorang..banyak tolong jugak Huda malam tu. Maklumlah Huda naik grab.. Risau diorang 😀

Ok,setakat tu jela tok hari ni.. Next time, Huda akan wat entry terperinci mengenai produk Youth ni ok.

Salam sayang,

Huda

 

 

 

 

 

 

 

One Reply to “Roadshow Youth At Grand Paragon Hotel”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge