Perjuangan Huda Dalam Shaklee

Dalam bisnes shaklee..

Apa yang Huda nak perjuangkan adalah supaya masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat,pemakanan yang sihat disamping pengambilan suppliment sebijaknya.

Asas yang paling penting yang perlu masyarakat tahu adalah:

1.Mengamalkan pemakanan secara sihat.

Perlu mengambil nutrisi seimbang yang diperlukan oleh badan dengan mengambil pelbagai jenis nutrien daripada makanan setiap hari.

Ini bagi memastikan, kita terhindar dari sebarang penyakit dan juga gangguan daripada radikal bebas.

Jangan tak tahu ea, kebanyakan punca penyakit adalah daripada kekurangan nutrisi.

Apa yang perlu kita lakukan lebihkan buah buahan, sayur sayuran, bijirin dan susu tanpa-lemak atau rendah-lemak.

2.Perlu melakukan senaman dan mengekalkan berat badan ideal.

Kita perlu menjadikan aktiviti fizikal yang teratur sebagai kunci komponen utama bagi program pengurusan keseluruhan kesihatan secara menyeluruh untuk menyokong kesihatan menyeluruh disamping risiko penyakit kronik.

Untuk mengekalkan kesihatan yang optimum:

-Lakukan aktiviti fizikal sekurang kurangnya 30-60 minit untuk kebanyakan hari dalam seminggu. Tetapkan matlamat untuk melakukan 10,000 langkah atau lebih setiap hari.
-Tingkatkan waktu latihan atau lakukan secara intensif untuk manfaat kesihatan dan untuk mendapatkan berat badan ideal.

3.Pengambilan suppliment sebijaknya

Amalkan pemilihan makanan yang teratur sebagai sebahagian daripada rutin harian untuk menyokong gaya hidup sihat.

Saranan pengambilan:

-Pengambilan multivitamin/mineral seimbang dan komprehensif dengan sekurang kurangnya 500mg kalsium dan vitamin D.
-Pengambilan nutrien antioksida seperti vitamin C dan E, beta Korena yang dapat membantu melindungi sel dari penuaan.
-Vitamin B termasuk asid folic,vitamin B6 dan B12, untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan sihat.
-Asid lemak Omega-3,EPA dan DHA untuk mengurangkan risiko penyakit kardio dan juga membantu meningkatkan tindak balad metabolik dan keradangan.
-Probiotik untuk menyokong kesihatan penghadaman dan sistem imun.

Apabila masyarakat telah mengikuti perkara asas ini. Huda pasti masyarakat akan lebih sihat dan kurangnya berpenyakit.

Inilah perjuangan yang perlu Huda lakukan dalam bisnes Shaklee.

CREATING HEALTHIER LIVES

Salam sayang,

Huda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge