My BigWhy

Assalammualaikum..

Salam hidup hebat.

Perkara atau pengalaman yang membuatkan huda begitu bersungguh dalam bisnes shaklee dan menjadi penguat semangat huda.

Ibu bapa Huda sendiri. Mereka membesarkan Huda sehingga Huda mampu berdikari. Pengalaman Huda sendiri melihat bagaimana abah Huda bersusah payah mencari rezeki.

Ketika Huda sekolah rendah,seingat Huda mungkin dalam umur 7 tahun, Huda telah mengikuti abah Huda menjual apam balik di depan sekolah.

Ketika Huda berusia 10tahun, Huda telah mengikuti Abah Huda bekerja sebagai driver bas kilang. Ingat lagi, Huda tido kat enjin bas.. yang bersebelahan dengan tempat duduk pemandu.

Huda juga pernah mengikuti abah Huda bekerja di pasar ikan. Bersungguh sungguh abah Huda menolak kereta sorong yang berisi pelbagai ikan.. ketika membantu di pasar.

Suami Huda juga adalah penguat semangat Huda. Seharian beliau membanting tulang,tanpa lelah. Menjadikan Huda nekad untuk berusaha keras dalam bisnes.

Dengan beberapa pengalaman yang huda lalui ketika menemani abah bekerja,suami yang usaha keras demi sesuap nasi.. dan Huda melihat sendiri kesusahan abah dan juga mak dalam usaha mencari rezeki demi anak anak ia menjadikan big why Huda untuk terus berjaya dalam bisnes.

Semoga dipermudahkan jalan amin..

Salam sayang,

Huda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge