Tip Memilih Minyak Ikan Yang Baik

Assalammualaikum..

Sebelum ni, Huda ada menulis entry mengenai Tip memilih minyak ikan, hari ini Huda nak berkongsi Tip memilih minyak ikan yang baik pula 🙂 :

1) Pilih gred pharmaseutikal dan mempunyai persijilan IFOS (international fish oil standard).
Minyak ikan sebegini melalui banyak proses penapisan serta mempunyai ketulenan yang tinggi.

2) Minyak Ikan dari ikan kecil.
Ikan besar lambat mati, banyak kumpul toksin logam berat.

3) Minyak Ikan senang teroksida (rosak) terutamanya jika disimpan lama. Pecahkan minyak ikan dan sekiranya tengik rasanya, sila bakul sampahkan sahaja kerana minyak yang rosak bahaya untuk kesihatan anda. Minyak ikan baik rasanya macam ikan fresh.

4) Minyak Ikan kod selain omega 3 ia juga mengandungi vitamin larut lemak yang tinggi seperti vitamin A, D dan K2 !
( artikel lain menyusul kemudian..minyak ini wajar mendapat artikel khas)

5) Kandungan Omega 3 dalam setiap softgel atau cecair. * SANGAT PENTING
– Jumlah kandungan minyak mungkin 1000mg atau 1200mg
– Periksa kandungan EPA dan DHA dan jumlahkan.
– Tolakkan jumlahnya dengan Omega 3..anda akan dapat minyak pengisi @ FILLER!

Sekiranya jumlah minyak 1000mg :
Contoh brand 1 : EPA 180mg DHA 120mg = jumlah Omega 3 — 300mg Filler — 700mg

Contoh brand 2 : EPA 396mg DHA 264mg = jumlah Omega 3 — 660mg Filler — 340mg

Contoh brand 3 : EPA 540mg DHA 360mg = jumlah Omega 3 — 900mg Filler — 100mg

Minyak filler ni digunakan untuk mengisi softgel tu lepas dah letak Omega 3. Contoh minyak filler ni minyak dari mata atau perut ikan yang diproses, minyak omega 6 ataupun ada minyak ikan diisi AIR sebagai filler.

Maka pilihlah minyak Omega 3 betul-betul dan jangan beli minyak penuh air 😛

————————————————————————————-

Alternatif Omega 3 selain minyak ikan.

Minyak krill

– Kril ni keluarga udang kecil banyak ditangkap di kutub selatan dan utara.
– Kuranglah toksin sebab jauh dari pencemaran.
– Minyak Krill walaupun rendah kandungan EPA+DHA tetapi tinggi antioksida asthaxanthin yang melindungi Omega3 nya dari teroksida.

Minyak Ikan Cod. (CLO)

– CLO ni antara makanan yang paling padat nutrisinya.
– Tinggi Omega 3 juga. Dengan tambahan vitamin larut lemak seperti vitamin A, D dan K2.

Minyak Ikan dalam Ikan.

– Makanlah ikan berminyak seperti ikan Salmon, Mackerel, Sardin, Tenggiri, Bawal, Kembung sekuranya 3 hidangan setiap minggu.
– Berbeza dengan suplemen, terdapat beberapa kajian saintifik membuktikan omega 3 dalam ikan tidak hilang walaupun dimasak.
– Nak selamat, masak suhu rendah, jangan lama-lama sampai minyak ikan tu keluar…rugiii!!
– Risiko kalau makan ikan ni..merkuri dan logam berat lain. Ikan bilis dan sardin je lah pilihan kalau fikir macam ni hehe..

Semua minyak2 di atas, sebaiknya jangan pilih yang sangkar, kerana pelet daripada bijian (grains), soya, jagung serta bahan proses akan mengurangkan kandungan Omega 3 ikan.

Kesimpulannya apa pun yang dimakan, berbalik kepada prinsip asas perlu lah halalan toyyiban. Tips di atas ialah spesifik untuk “makanan yang baik” insha Allah.

Salam sayang,

Huda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge