Tip Memilih Minyak Ikan

Tips Memilih Minyak Ikan.

Sebelum membeli, kita perlu tau kenapa minyak ikan ni istimewa.

Minyak ikan mengandungi lemak tidak tepu (PUFAs) Omega 3 yang tinggi.

Omega 3 ialah antiradang yang sangat penting untuk mengimbangi radang dalam badan.

Kebanyakan penyakit ialah disebabkan radang terutamanya pesakit kronik mengalami radang sistemik (seluruh badan).

Tanda tanda radang:

1. Merah
2. Bengkak
3. Sakit
4. Hilang Fungsi

Radang ni menyebabkan kerosakan di mana-mana saja..radang otak, radang buah pinggang, radang salur darah, radang saraf, radang lutut, radang hati, radang di mana-mana saja yang boleh difikirkan.

———————————————————————-

Omega 3 ni terbagi kepada:

Sumber tumbuhan – Alpha linolenic acid (ALA) : Paling tinggi dalam flax seed.
Sumber Haiwan – Eicosapentaenoic acid (EPA) dan Docosahexaenoic acid (DHA) : Minyak Ikan, Minyak Krill, Minyak hati ikan cod.

Kesan anti radang daripada minyak ikan lebih bergantung pada EPA. DHA berfungsi lebih kepada perkembangan otak kanak-kanak dan juga meningkatkan saiz molekul LDL yang mana baik untuk mencegah masalah penyempitan salur darah.

Saya lebih menggemari sumber haiwan, ALA walaupun boleh ditukar kepada EPA dan DHA oleh badan manusia, prosesnya tidak begitu efisyen (masih dalam pendebatan). Yang pastinya jumlah ALA yang lebih tinggi diperlukan untuk mendapatkan khasiat yang sama seperti EPA & DHA.

Justeru itu, kita perlulah memilih minyak ikan yang betul.. Supaya mendapat kesan yamg lebih efektif.

Salam sayang,

Huda

 

 

One Reply to “Tip Memilih Minyak Ikan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge