Mengapa Kita Kurang Motivated

Kenapa ada orang sangat highly motivated, dan ada orang yg down sampai nak masuk dalam tanah?

Ada sangat banyak teori tentang motivasi & kali ni saya nak kongsi tentang teori sejenis neurotransmitter bernama Dopamine. Neurotransmitter adalah sejenis bahan dalam otak kita yg membawa informasi dari satu sel neuron ke sel yang lain.

Kajian oleh Universitat Jaume I of Castellón pada tahun 2013 mendapati kadar neurotransmitter Dopamine dalam otak seseorang mempengaruhi keputusan seseorang untuk bertindak.

Dopamine mendorong kita untuk istiqomah menuju target masing2. Orang yg memiliki level dopamine yg tinggi sentiasa termotivasi untuk mencapai impiannya.

Soalnya, bagaimana nak pastikan tahap dopamine kita sentiasa tinggi agar kita sentiasa termotivasi ke arah target dan mengelakkan dari mereput di bucu katil?

Jawapannya, dgn memberi MAKANAN yang betul utk menghasilkan dopamine.

Makanan2 yg menghasilkan dopamine:-

✔️ Protin – make sure ambil protin lengkap yg berkualiti tinggi.

✔️ DHA – makanlah makanan yg tinggi Omega-3

✔️ Teh hijau (mengandungi theanine)

✔️ Magnesium – makanlah makanan tinggi magnesium seperti sayuran hijau

✔️ Asid Folik – asid folik bukan utk wanita mengandung dan nak mengandung aje ye… otak kita perlukan asid folik utk hasilkan dopamine

✔️ monounsaturated fat seperti minyak zaitun

✔️ Zat Besi

JAUHI MAKANAN YANG MEMUSNAHKAN DOPAMINE!

❌ gula yg berlebihan

❌ saturated fat (lemak tepu)

Dan ubah gaya hidup utk meningkatkan dopamine:

✔️ bersenam secara rutin

✔️ keluar le… tengok2 matahari jugak, jgn asyik tengok tv & handphone je

✔️ bertafakur (zikir+fikir)

Benda immediate yg anda boleh buat sekarang ialah CUT SUGAR! Gula ni rasa je manis tp sangat bahaya… ia menurunkan kadar dopamine secara perlahan2…. perlahan…. perlahan…. lalu merosakkan reseptor2 dopamine dalam otak kita. Anak2 tu, jgn ajar makan gula2. Kalau nak makan pun seminggu sekali ke sebulan sekali, sebiji OK laaa. Gula-gula ni bukan takat rosakkan gigi tapi otak pun rosak secara perlahan…. lahan…. han….

Dan.. BERSENAM lah ya puan-puan. Buka je YouTube, cari “easy work out” ke “walk a mile ke” senaman simple2 je boleh buat sambil goreng ikan.

Jadilah insan yg sentiasa bermotivasi dan istiqomah mencapai impian!

P/S : kalau impian dunia pun tak istiqomah, macamana nak istiqomah impian akhirat? berlatih istiqomah dgn impian kecil (dunia) insyaAllah utk impian besar (syurga) pun kita istiqomah.

~Lyna Noh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge