7 Jenis Makanan Kurangkan Kolestrol

Assalammualaikum..

Hari ini,Huda hendak berkongsi 7 jenis makanan kurangkan kolestrol.Kita sedia maklum bahawa kolestrol ini,sangat tidak bagus kepada kesihatan kita.Terutama di jantung.Oleh itu,Huda berkongsi 10 jenis makanan kurangkan kolestrol.

Semoga bermanfaat.

1.EPAL

Pektin epal ialah serat larut yang membantu mengeluarkan kolestrol daripada sistem badan.Flavonoids yang terdapat di dalam epal bertindak sebagai anti-oksidan yang membantutkan proses pengumpulan LDL kolestrol “JAHAT” di dalam salurdarah.

2.KEKACANG

Kombinasi kekacang dengan beras perang,bijirin,jagung dan gandum membolehkan anda mendapat sumber protien yang lengkap.Kombinasi kekacang yang tepat boleh menjadi ganti kepada protien daging merah yang mengandungi tinggi lemak tepu.

3.BERAS PERANG

Minyak yang terdapat dalam beras perang mengurangkan kolestrol.Beras perang boleh digabungkan dengan kekacang.Beras perang boleh digabungkan dengan kekacang untuk mendapatkan protien lengkap yang rendah lemak tepu.Tambahan lagi,beras membekalkan dos serat yang baik untuk jantung magnesium dan vitamin B.

 

4.KULIT KAYU MANIS

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Diabeter Care mendapati bahawa pengambilan 1/2 sudu teh kulit kayu manis sehari dapat mengurangkan kadar gula dalam darah bagi pesakit Diabetes Type 2.Ia juga mengurangkan trglyceride ,LDL,kolestrol “jahat” dan keseluruhan jumlah dalam badan.

 

 

5.BAWANG PUTIH

Bawang putih mengandungi bahan kimia allicin yang terbukti dapat membunuh bakteria dan kulat serta mengurangkan beberapa jenis masalah penghadaman.Ia juga boleh mengurangkan beberapa jenis masalah penghadaman.Ia juga,boleh mengurangkan bahan bahan yang menyebabakn darah tersumbat adalah darah.

 

 

6.PRODUK SOYA

Komponen penting yang amat berguna di dalam kacang soya ialah isoflavones dan serat larut.Isoflavones bertindak seperti hormon manusia yang mengawal turun naik kolestrol LDL.Semua jenis produk soya adalah sumber protien yang lengkap.

 

 

7.ANGGUR

Flavonoids dalam anggur melindungi kolestrol LDL daripada kerosakan radikal bebas dan mengurangkan penggumpalan platlet.Efek pengurangan LDL dalam anggur datang daripada kompaun yang dihasilkan oleh anggur untuk mengelakkan kulat.Anggur yang bewarna lebih gelap adalah lebih baik.

 

 

Semoga bermanfaat..

Salam sayang,

Huda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge