7 Fungsi Kolagen Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

7 fungsi kolagen untuk kesihatan dan kecantikan merupakan protien yang paling banyak di dalam tubuh badan kita.Terutama kolagen type 1.Ia didapati dalam otot,tulang,kulit,salur darah,sistem pencernaan dan tendon. Bahagian inilah yang membantu memberi kekuatan dan keanjalan kepada kulit kita,

disamping ia membantu membuang sel kulit mati. Kolagen juga memberi peranan yang banyak kepada sendi dan tendon, ianya kerana menjadi “gam” bersama sama antara tendon dan sendi.

Fungsi kolagen untuk kesihatan dan kecantikan pada tubuh badan kita mulai berkurangan apabila meningkatnya usia.Kekurangan kolagen juga menjadikan kulit kita kendur, berkedut dan kita kan sering menghadapi sakit sendi disebabkan tulang rawan yang lemah.Faktor lain juga memainkan peranan seperti makan makanan yang tinggi gula, merokok dan sering terdedah kepada pancaran matahari.

1.Kolagen untuk RAMBUT DAN KUKU

Bagi rambut dan kuku, kolagen bermanfaat untuk memperkuat akar rambut dan merangsang pertumbuhannya kembali. Bagi kuku pula, kolagen akan membantu memperkuatkan kuku daripada mudah patah. 

2.Kolagen untuk KULIT

Mungkin ramai yang sudah tahu, manfaat kolagen kepada kulit kita. Ini kerana, kolagen berperanan  untuk keremajaan kulit dan dapat membantu membuatkan kulit sentiasa anjal dan lembap.Kolagen juga dapat digunakan untuk menghilangkan bekas luka pada kulit. Jika, kita mempunyai kedutan di wajah, elok guna kolagen dengan konsisten untuk mengatasi kedutan tersebut. 

3.Kolagen untuk SENDI

Kolagen juga bagus untuk kesihatan sendi.Jika, sekiranya kita mempunyai masalah sakit di bahagian sendi,cubalah untuk mengamalkan kolagen secara konsisten. Hal ini kerana, kolagen mampu memberikan fleksibiliti kepada bahagian tendon kita. 

4.Kolagen untuk TULANG 

Kolagen mempunyai peranan yang sama seperti kalsium. Hal ini kerana kolagen berperanan  sebagai “gam” kepada tulang agar sendi bersatu.Jika, mengamalkan kolagen secara teratur ianya dapat memperkuatkan tulang dan mencegahnya dari mudah rapuh.

5.Kolagen Untuk MATA

Untuk bekerja dengan baik, otot-otot pada mata haruslah lentur.Seiring pertambahan usia, kolagen pada kornea akan berkurangan dan ini akan mengakibatkan kornea menjadi lemah. Hal ini,tidak baik untuk kesihatan mata kita.

6.Kolagen untuk KESIHATAN HATI

Sekiranya anda ingin melakukan detox,bagi memperbaiki aliran darah dan jantung, kolagen sangat membantu. Hal ini kerana glycine membantu mengurangkan kerosakan hati dan menghalang daripada menyerap benda asing seperti toksin dan sebagainya.

Banyak kan manfaat kolagen untuk kesihatan tubuh badan kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah mengambil kolagen dengan konsisten dan memilih kolagen yang benar benar selamat dan berkualiti.

Salam sayang,

Huda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge