Kempen Mengatasi Tumbesaran Terbantut

Menurut UNISEF 25% kanak kanak di Malaysia mengalami bantut (dari segi fizikal & kognitif) berpunca daripada malnutrisi.

Tumbesaran terbantut adalah satu proses fisiologi yang kompleks pada saat kanak-kanak mula membesar dengan cepat dalam dua tahun pertama kehidupan mereka. Proses ini berterusan pada kadar yang tetap iaitu lima hingga sembilan sentimeter setiap tahun hingga mereka berusia kira-kira 10 tahun.

Apabila kanak-kanak memasuki usia remaja iaitu 11 tahun bagi perempuan dan 13 tahun bagi lelaki, lonjakan tumbesaran terbantut berlaku sekali lagi selama kira-kira dua tahun sebelum ia berakhir perlahan-lahan pada usia 16 hingga 18 tahun.

Hormon tumbesaran dihasilkan oleh kelenjar pituitari yang terdapat dalam otak untuk merangsang tumbesaran. Selain menggalakkan tumbesaran fizikal (ketinggian), ia juga mempengaruhi perkembangan tulang, otot dan lemak tubuh. Oleh itu, hormon tumbesaran sangat penting untuk perkembangan dan fungsi tubuh manusia yang sihat.

Pakar Perunding Kanan Pediatrik, Pakar Endokrinologi dan Diabetologi Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Wu Loo Ling berkata, tahap kesedaran mengenai masalah tumbesaran terbantut di Malaysia adalah rendah dan membimbangkan.

“Ramai beranggapan berbadan kecil adalah normal asalkan sihat dan kelihatan baik-baik saja. Ada juga mengatakan badan kecil sebab memang dilahirkan dengan rangka kecil.

“Segelintir juga mendakwa kanak-kanak berbadan kecil kerana belum mencapai baligh atau kerana makan sedikit.

Ibu bapa harus mengambil serius dalam hal ini. Hal ini kerana, apabila mulai meningkat remaja,kita takut kanak kanak ini membesar dengan perasaan rendah diri ataupun sering dibuli oleh rakan rakan. Yang menyebabkan emosi remaja tersebut terganggu.

Bagi mengatasi permasalahan tumbesaran terbantut  ini, apa yang kita perlu lakukan adalah dengan membuat pengukuran sepertimana di dalam buku bulanan klinik kesihatan dengan kerap dan membandingkannya dengan adik beradik yang lain ataupun dengan rakan rakan di sekolah.

Sekiranya terdapat symptom, ibu bapa perlulah membawa anak ke pakar pediatrik yang khusus bagi mengatasi permasalahan ini.

Bagi Huda dan kawan kawan untuk mengurangkan statistik permasalahan kanak kanak terbantut tumbesarannya ini. Apa yang kami perlu lakukan adalah dengan cara:

1.Mengedarkan risalah

-Mengenai info tentang tumbesaran terbantut dan risikonya.
-Cara untuk mengatasi permasalahan tersebut.

2.Buat facebook group to public bergabung bersama pakar nutrisi berkongsi mengenai kempen atasi masalah tumbesaran kanak kanak

-Sharing nutrisi yang perlu
-Bagaimana untk mengatasi permasalahan terbantut tumbesaran ini.

Jom, kita realisasikan kempen ini bersama sama.

 

 

Salam sayang, 

Huda

Kelebihan Kajian Youth Shaklee Berbeza Skincare Yang Lain

Youth Shaklee mempunyai banyak perbezaan daripada skin care yang lain. Ia diuji selama 8 tahun sebelum dipasarkan dipasaran.

Youth Shaklee ni, bukan dibancuh dibelakang rumah tau. Kualitinye memang terjaga. Yang bestnye Youth Shaklee ni diuji oleh pakar kulit, pakar mata dan ianya diuji kepada manusia, bukan kepada haiwan. 

Tempoh hari, Huda ada mengikuti Roadshow Youth..di sana Huda banyak mendapat informasi  daripada mr chris mengenai produk Youth Shaklee yang terbaik ni. 

Antara perkara penting yang dikongsi oleh Mr Chris adalah:

1. Index Penuaan Kulit atau Skin Aging Index.

2. Punca Masalah Kulit.

3. Jenis-jenis Masalah Kulit Muka yang dapat dibantu dengan penggunaan Shaklee Youth. 

4. 3 Lapisan penting kulit.

5. Bahan utama dalam Youth Shaklee

6. Fungsi Youth Shaklee

7. Tips penting tentang penjagaan kulit muka dan cara menggunakan Shaklee Youth. 

Punca-punca Masalah Kulit Muka 

Punca masalah kulit boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Luaran dan Dalaman.

Punca Luaran:

1.Cahaya Matahari. Pendedahan kepada cahaya matahari yang berterusan setiap hari tanpa lerlindungan yang sepatutnya akan merosakkan kulit.

2.Pencemaran. Pelbagai jenis pencemaran alam sekitar disekeliling kita boleh mengakibatkan kerosakan sel-sel DNA kulit terutama dibahagian muka.

3.Diet. Pengambilan diet yang tidak seimbang juga akan mempengaruhi kadar kesihatan kulit.

4.Gaya hidup. Ini juga antara penyumbang utama kepada masalah kulit. Contoh gaya hidup tidak sihat yang merosakkan kulit ialah merokok dan tidak tidur secukupnya.

Punca masalah kulit dari dalam

Penurunan kadar penggantian sel. Kadar penggantian sel-sel kulit muka akan menurun seiring dengan peningkatan usia.

Kekurangan kolagen dan keanjalan.

Makin bertambah usia anda, makin kurang penghasilan kolagen dan keanjalan yang menyokong struktur kulit.

Penipisan DEJ -Dermal Epidermal Junction.

Ini ialah bahagian penting yang sangat memerlukan nutrien dan energi.

Banyak kan keperluan nutrien untuk kulit kita.Youth Shaklee ni menjaga ke dalam kulit kita tau.. Nak cuba wasap huda www.wasap.my/60177045796

Salam sayang, 

Huda

 

 

 

 

 

 

7 Jenis Makanan Kurangkan Kolestrol

Assalammualaikum..

Hari ini,Huda hendak berkongsi 7 jenis makanan kurangkan kolestrol.Kita sedia maklum bahawa kolestrol ini,sangat tidak bagus kepada kesihatan kita.Terutama di jantung.Oleh itu,Huda berkongsi 10 jenis makanan kurangkan kolestrol.

Semoga bermanfaat.

1.EPAL

Pektin epal ialah serat larut yang membantu mengeluarkan kolestrol daripada sistem badan.Flavonoids yang terdapat di dalam epal bertindak sebagai anti-oksidan yang membantutkan proses pengumpulan LDL kolestrol “JAHAT” di dalam salurdarah.

2.KEKACANG

Kombinasi kekacang dengan beras perang,bijirin,jagung dan gandum membolehkan anda mendapat sumber protien yang lengkap.Kombinasi kekacang yang tepat boleh menjadi ganti kepada protien daging merah yang mengandungi tinggi lemak tepu.

3.BERAS PERANG

Minyak yang terdapat dalam beras perang mengurangkan kolestrol.Beras perang boleh digabungkan dengan kekacang.Beras perang boleh digabungkan dengan kekacang untuk mendapatkan protien lengkap yang rendah lemak tepu.Tambahan lagi,beras membekalkan dos serat yang baik untuk jantung magnesium dan vitamin B.

 

4.KULIT KAYU MANIS

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Diabeter Care mendapati bahawa pengambilan 1/2 sudu teh kulit kayu manis sehari dapat mengurangkan kadar gula dalam darah bagi pesakit Diabetes Type 2.Ia juga mengurangkan trglyceride ,LDL,kolestrol “jahat” dan keseluruhan jumlah dalam badan.

 

 

5.BAWANG PUTIH

Bawang putih mengandungi bahan kimia allicin yang terbukti dapat membunuh bakteria dan kulat serta mengurangkan beberapa jenis masalah penghadaman.Ia juga boleh mengurangkan beberapa jenis masalah penghadaman.Ia juga,boleh mengurangkan bahan bahan yang menyebabakn darah tersumbat adalah darah.

 

 

6.PRODUK SOYA

Komponen penting yang amat berguna di dalam kacang soya ialah isoflavones dan serat larut.Isoflavones bertindak seperti hormon manusia yang mengawal turun naik kolestrol LDL.Semua jenis produk soya adalah sumber protien yang lengkap.

 

 

7.ANGGUR

Flavonoids dalam anggur melindungi kolestrol LDL daripada kerosakan radikal bebas dan mengurangkan penggumpalan platlet.Efek pengurangan LDL dalam anggur datang daripada kompaun yang dihasilkan oleh anggur untuk mengelakkan kulat.Anggur yang bewarna lebih gelap adalah lebih baik.

 

 

Semoga bermanfaat..

Salam sayang,

Huda

Manfaat Coq10 Shaklee Dalam Coq-Trol Plus

Assalammualaikum..

Apa yang kita sedia maklum manfaat Coq10 ,Coq10 Shaklee..  kepada tubuh badan kita adalah sangat powerful. Ia bertanggungjawab dalam menghasilkan tenaga di setiap sel. Ia juga merupakan nutrien larut lemak semulajadi.

Coq10,Coq10 Shaklee digunakan untuk membekalkan atau membuang oksigen dari molekul yang aktif. Ia penting, dalam proses pembuatan ATP,iaitu menjadi sumber tenaga badan,dari sumber pemakanan.

Coq10 Shaklee  ini juga terdapat di dalam produk baru shaklee iaitu Coq-Trol Plus yang mengandungi Coq10 Shaklee.

Jika nak tahu,Proses pembuatan tenaga ini adalah berlaku di dalam mitochondria,satu bahagian di dalam sel sel badan. Coq10 shaklee penting dalam kesihatan tisu dan organ badan kita.

Tahukah anda,organ jantung kita mengandungi 10 kali ganda lebih banyak Coq10 shaklee berbanding mana mana organ yang lain.Ini kerana jantung kita paling kuat bekerja ia berdegup sekitar 100,000 kali sehari supaya darah boleh bergerak ke seluruh  badan kita.

Jadi,memang tidak dinafikan bahawa coq10  ataupun coq10 Shaklee ini sangat powerful dan banyak menfaat untuk tenaga kita.

Antara kegunaan coq10 ini adalah:

1.Sebagai antioksidan yang sangat baik.

2.Membantu dan mengawal sakit jantung.

3.Coq10 shaklee,menghalang proses yang menyebabkan saluran darah tersumbat akibat kolestrol.

4.Membantu dalam masalah alergik.

5.Membantu dalam masalah otak seperti alzheimer.

6.Menambah tenaga dsb

Sebenarnya, tubuh badan kita.. boleh menghasilan Coenzyem Q10 sendiri.Tetapi,oleh kerana zaman sekarang ni yang terlalu banyak radikal bebas dan juga punca daripada peredaran umur.

Kita semakin berkurangan Coenzyem Q10 ni.. bagaimana cara untuk mendapatkan kembali Coenzyem Q10 ini. Ok, dengan cara

 

1.Makan 3kg daging

2.100 cawan brokoli rebus

3.100 sudu makan minyak canola.

4.3.3kg mentega kacang.

 

Wah, mampu ke kita nak makan tu semua. Kalau mampu bagus la, kalau tidak.. bagaimana caranya tu.Ok, di shaklee ada produk yang baru diformulasi kan iaitu Co-Trol Plus.

Apa yang bestnye tentang Coq-Trol Plus ni.

Ia mengandungi bahan utama iaitu revestrol, tocopherol dan Coq10.

Sebenarnya, mengikut kajian. Badan kita memerlukan 100mg Coq10.Cukupkah badan kita dengan coq10 shaklee atas faktor seperti yang Huda terangkan seperti di atas.

Antara cara salah satu cara adalah dengan mengambil 1biji coq trol plus bagi menambahkan Coenzyem Q10 di dalam badan kita.

Kalau nak tahu, formulasi yang telah dibuat oleh pihak shaklee adalah:

 

 

1.Membantu tinggi konsentrasi (100mg) COQ10.

2.Gabungan 2mg Revestrol.

3.Gabungan 5mg Tocopherol sebagai antioksida.

4.Mempunyai paten penyerapan dari minyak zaiton bagu penyerapan yang terbaik.

5. Gluten Free

Justeru itu, bolehlah mencuba Coq Trol Plus ini.. Untuk kesihatan yang berpanjangan.
 

Untuk mendapatkan konsultasi ataupun ingin bertanya lebih lanjut tentang suppliment shaklee boleh hubungi saya di 0177045796

Salam sayang,

 
Huda
 

Mengapa Kita Kurang Motivated

Kenapa ada orang sangat highly motivated, dan ada orang yg down sampai nak masuk dalam tanah?

Ada sangat banyak teori tentang motivasi & kali ni saya nak kongsi tentang teori sejenis neurotransmitter bernama Dopamine. Neurotransmitter adalah sejenis bahan dalam otak kita yg membawa informasi dari satu sel neuron ke sel yang lain.

Kajian oleh Universitat Jaume I of Castellón pada tahun 2013 mendapati kadar neurotransmitter Dopamine dalam otak seseorang mempengaruhi keputusan seseorang untuk bertindak.

Dopamine mendorong kita untuk istiqomah menuju target masing2. Orang yg memiliki level dopamine yg tinggi sentiasa termotivasi untuk mencapai impiannya.

Soalnya, bagaimana nak pastikan tahap dopamine kita sentiasa tinggi agar kita sentiasa termotivasi ke arah target dan mengelakkan dari mereput di bucu katil?

Jawapannya, dgn memberi MAKANAN yang betul utk menghasilkan dopamine.

Makanan2 yg menghasilkan dopamine:-

✔️ Protin – make sure ambil protin lengkap yg berkualiti tinggi.

✔️ DHA – makanlah makanan yg tinggi Omega-3

✔️ Teh hijau (mengandungi theanine)

✔️ Magnesium – makanlah makanan tinggi magnesium seperti sayuran hijau

✔️ Asid Folik – asid folik bukan utk wanita mengandung dan nak mengandung aje ye… otak kita perlukan asid folik utk hasilkan dopamine

✔️ monounsaturated fat seperti minyak zaitun

✔️ Zat Besi

JAUHI MAKANAN YANG MEMUSNAHKAN DOPAMINE!

❌ gula yg berlebihan

❌ saturated fat (lemak tepu)

Dan ubah gaya hidup utk meningkatkan dopamine:

✔️ bersenam secara rutin

✔️ keluar le… tengok2 matahari jugak, jgn asyik tengok tv & handphone je

✔️ bertafakur (zikir+fikir)

Benda immediate yg anda boleh buat sekarang ialah CUT SUGAR! Gula ni rasa je manis tp sangat bahaya… ia menurunkan kadar dopamine secara perlahan2…. perlahan…. perlahan…. lalu merosakkan reseptor2 dopamine dalam otak kita. Anak2 tu, jgn ajar makan gula2. Kalau nak makan pun seminggu sekali ke sebulan sekali, sebiji OK laaa. Gula-gula ni bukan takat rosakkan gigi tapi otak pun rosak secara perlahan…. lahan…. han….

Dan.. BERSENAM lah ya puan-puan. Buka je YouTube, cari “easy work out” ke “walk a mile ke” senaman simple2 je boleh buat sambil goreng ikan.

Jadilah insan yg sentiasa bermotivasi dan istiqomah mencapai impian!

P/S : kalau impian dunia pun tak istiqomah, macamana nak istiqomah impian akhirat? berlatih istiqomah dgn impian kecil (dunia) insyaAllah utk impian besar (syurga) pun kita istiqomah.

~Lyna Noh

Tip Memilih Minyak Ikan Yang Baik

Assalammualaikum..

Sebelum ni, Huda ada menulis entry mengenai Tip memilih minyak ikan, hari ini Huda nak berkongsi Tip memilih minyak ikan yang baik pula 🙂 :

1) Pilih gred pharmaseutikal dan mempunyai persijilan IFOS (international fish oil standard).
Minyak ikan sebegini melalui banyak proses penapisan serta mempunyai ketulenan yang tinggi.

2) Minyak Ikan dari ikan kecil.
Ikan besar lambat mati, banyak kumpul toksin logam berat.

3) Minyak Ikan senang teroksida (rosak) terutamanya jika disimpan lama. Pecahkan minyak ikan dan sekiranya tengik rasanya, sila bakul sampahkan sahaja kerana minyak yang rosak bahaya untuk kesihatan anda. Minyak ikan baik rasanya macam ikan fresh.

4) Minyak Ikan kod selain omega 3 ia juga mengandungi vitamin larut lemak yang tinggi seperti vitamin A, D dan K2 !
( artikel lain menyusul kemudian..minyak ini wajar mendapat artikel khas)

5) Kandungan Omega 3 dalam setiap softgel atau cecair. * SANGAT PENTING
– Jumlah kandungan minyak mungkin 1000mg atau 1200mg
– Periksa kandungan EPA dan DHA dan jumlahkan.
– Tolakkan jumlahnya dengan Omega 3..anda akan dapat minyak pengisi @ FILLER!

Sekiranya jumlah minyak 1000mg :
Contoh brand 1 : EPA 180mg DHA 120mg = jumlah Omega 3 — 300mg Filler — 700mg

Contoh brand 2 : EPA 396mg DHA 264mg = jumlah Omega 3 — 660mg Filler — 340mg

Contoh brand 3 : EPA 540mg DHA 360mg = jumlah Omega 3 — 900mg Filler — 100mg

Minyak filler ni digunakan untuk mengisi softgel tu lepas dah letak Omega 3. Contoh minyak filler ni minyak dari mata atau perut ikan yang diproses, minyak omega 6 ataupun ada minyak ikan diisi AIR sebagai filler.

Maka pilihlah minyak Omega 3 betul-betul dan jangan beli minyak penuh air 😛

————————————————————————————-

Alternatif Omega 3 selain minyak ikan.

Minyak krill

– Kril ni keluarga udang kecil banyak ditangkap di kutub selatan dan utara.
– Kuranglah toksin sebab jauh dari pencemaran.
– Minyak Krill walaupun rendah kandungan EPA+DHA tetapi tinggi antioksida asthaxanthin yang melindungi Omega3 nya dari teroksida.

Minyak Ikan Cod. (CLO)

– CLO ni antara makanan yang paling padat nutrisinya.
– Tinggi Omega 3 juga. Dengan tambahan vitamin larut lemak seperti vitamin A, D dan K2.

Minyak Ikan dalam Ikan.

– Makanlah ikan berminyak seperti ikan Salmon, Mackerel, Sardin, Tenggiri, Bawal, Kembung sekuranya 3 hidangan setiap minggu.
– Berbeza dengan suplemen, terdapat beberapa kajian saintifik membuktikan omega 3 dalam ikan tidak hilang walaupun dimasak.
– Nak selamat, masak suhu rendah, jangan lama-lama sampai minyak ikan tu keluar…rugiii!!
– Risiko kalau makan ikan ni..merkuri dan logam berat lain. Ikan bilis dan sardin je lah pilihan kalau fikir macam ni hehe..

Semua minyak2 di atas, sebaiknya jangan pilih yang sangkar, kerana pelet daripada bijian (grains), soya, jagung serta bahan proses akan mengurangkan kandungan Omega 3 ikan.

Kesimpulannya apa pun yang dimakan, berbalik kepada prinsip asas perlu lah halalan toyyiban. Tips di atas ialah spesifik untuk “makanan yang baik” insha Allah.

Salam sayang,

Huda