Tip Memilih Minyak Ikan

Tips Memilih Minyak Ikan.

Sebelum membeli, kita perlu tau kenapa minyak ikan ni istimewa.

Minyak ikan mengandungi lemak tidak tepu (PUFAs) Omega 3 yang tinggi.

Omega 3 ialah antiradang yang sangat penting untuk mengimbangi radang dalam badan.

Kebanyakan penyakit ialah disebabkan radang terutamanya pesakit kronik mengalami radang sistemik (seluruh badan).

Tanda tanda radang:

1. Merah
2. Bengkak
3. Sakit
4. Hilang Fungsi

Radang ni menyebabkan kerosakan di mana-mana saja..radang otak, radang buah pinggang, radang salur darah, radang saraf, radang lutut, radang hati, radang di mana-mana saja yang boleh difikirkan.

———————————————————————-

Omega 3 ni terbagi kepada:

Sumber tumbuhan – Alpha linolenic acid (ALA) : Paling tinggi dalam flax seed.
Sumber Haiwan – Eicosapentaenoic acid (EPA) dan Docosahexaenoic acid (DHA) : Minyak Ikan, Minyak Krill, Minyak hati ikan cod.

Kesan anti radang daripada minyak ikan lebih bergantung pada EPA. DHA berfungsi lebih kepada perkembangan otak kanak-kanak dan juga meningkatkan saiz molekul LDL yang mana baik untuk mencegah masalah penyempitan salur darah.

Saya lebih menggemari sumber haiwan, ALA walaupun boleh ditukar kepada EPA dan DHA oleh badan manusia, prosesnya tidak begitu efisyen (masih dalam pendebatan). Yang pastinya jumlah ALA yang lebih tinggi diperlukan untuk mendapatkan khasiat yang sama seperti EPA & DHA.

Justeru itu, kita perlulah memilih minyak ikan yang betul.. Supaya mendapat kesan yamg lebih efektif.

Salam sayang,

Huda

 

 

Ciri Ciri Usahawan Yang Perlu Ada Dalam Diri

Assalammualaikum..

Selamat pagi. .semoga rezeki mencurah curah hari ini..

Dalam bisnes ni, Huda tau.. banyak cabaran dan dugaannya. Samaada kita kuat, atau tak.. itu yang menentukan kejayaan kita.

Jadi, sebagai usaha membina ciri ciri usahawan dalam diri tu. Huda akan buat apa yang Huda tak pernah buat.

Contoh buat vlog dan juga live.

Antara salah satu usaha Huda untuk membina keyakinan diri dan juga untuk berhadapan dengan orang ramai.

Update blog, update facebook , ig dan facebook page secara konsisten. Ini memerlukan pengorbanan banyak. Tak cukup tido, kurang menonton tv adalah perkara biasa.

Sentiasa berfikiran positif. Hari hari kena jadi katak pekak supaya Huda sentiasa bermotivasi.

Sentiasa menambah ilmu pengetahuan dan mencuba benda baru. Supaya terdidik dengan berfikiran kreatif.

InsyaAllah dengan konsisten setiap apa yang Huda listkan ni, bukan sahaja Huda. Tetapi, usahawan usahawan baru. .akan memiliki ciri ciri sebenarnya sebagai usahawan yan berjaya.

Salam sayang,

Huda

My BigWhy

Assalammualaikum..

Salam hidup hebat.

Perkara atau pengalaman yang membuatkan huda begitu bersungguh dalam bisnes shaklee dan menjadi penguat semangat huda.

Ibu bapa Huda sendiri. Mereka membesarkan Huda sehingga Huda mampu berdikari. Pengalaman Huda sendiri melihat bagaimana abah Huda bersusah payah mencari rezeki.

Ketika Huda sekolah rendah,seingat Huda mungkin dalam umur 7 tahun, Huda telah mengikuti abah Huda menjual apam balik di depan sekolah.

Ketika Huda berusia 10tahun, Huda telah mengikuti Abah Huda bekerja sebagai driver bas kilang. Ingat lagi, Huda tido kat enjin bas.. yang bersebelahan dengan tempat duduk pemandu.

Huda juga pernah mengikuti abah Huda bekerja di pasar ikan. Bersungguh sungguh abah Huda menolak kereta sorong yang berisi pelbagai ikan.. ketika membantu di pasar.

Suami Huda juga adalah penguat semangat Huda. Seharian beliau membanting tulang,tanpa lelah. Menjadikan Huda nekad untuk berusaha keras dalam bisnes.

Dengan beberapa pengalaman yang huda lalui ketika menemani abah bekerja,suami yang usaha keras demi sesuap nasi.. dan Huda melihat sendiri kesusahan abah dan juga mak dalam usaha mencari rezeki demi anak anak ia menjadikan big why Huda untuk terus berjaya dalam bisnes.

Semoga dipermudahkan jalan amin..

Salam sayang,

Huda

Destinasi Impian Huda Adalah Jepun

Assalammualaikum..

Salam pagi ceria ?

Hari ni,hari minggu kan.. Huda nak fefeling sat. Destinasi mana yang Huda berangan angan nak gi ni.

Kira wishlist Huda la kan.. tak lain tak bukan is JAPAN ??.Sebelum nak pergi tu, kita wat research dulu la ea.

Antara destinasi di negara jepun yang Huda nak pergi adalah:

Tokyo
=====

1. Tenjin festival (Tenjin Matsuri)

-Festival bot yang terbesar di dunia.
-Festival yang dirai di Osaka Tenmangu Shrine setiap musim panas.
-Semua ahli festival tersebut memakai pakaian abad ke8-12.
-Mereka akan menaiki 100 buah bot yang yang terletak berdekatan dengan jambatan tenmabashi.

2.Abeno Harukas

-Huda gayat.. cabar diri nak gi sini.
-Bangunan pencakar langit diosaka.
-Mencapai ketinggian 300m.

3.Osaka Castle Park

-Kira macam tempat beriadah la.
-Sambil menikmati bunga sakura.
-Berhampiran dengan istana yang kini dijadikan museum.

4.Universal Studio Japan

-Best bawak budak budak ni ada harry potter, jurassic pack,waterwold dan sebagainya.

5.Osaka Aquarium Kaiyukan

-Mempamerkan pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan lumba lumba, ikan jerung, anjing laut dan banyak lagi.
-Pengalaman menyentuh anak ikan pari dan anak ikan jerung.

NARA
=====

1.Nara Park

-Beratus ratus ekor rusa berada di sini, best sambil sambil tu boleh bagi makan kat diorang. Rusa ni juga jinak dan manja.

2.Kasuga Grand Shine

-Merupakan tokong lama dan terdapat banyak tanglung di sini. Bolehlah bergambar bg pencinta seni.

3.Isuien Garden

-Taman hadapanya wujud sejak abad ke17.Memang klasik ni.. mesti cantik kan, bergambar di sini.

4.Mt.Wakakusa

-Bersebelahan Nara Park,terletak mounth wakakusayama yang bertinggian 350meter.
-Mencabar pendakian ni, mesti penat.. tu Huda suka.

5.Mount Yoshino

-Terdapat 30,000 pokok bunga sakura. Sejuk kan mata memandang nanti, excited ?

KYOTO
======

1.Kinkakuji Temple

-Di hadapan tokong ini terdapat sebuah kolam besar yang menimbulkan atmosfera menyenangkan. Sekiranya anda melihat ruangan dalam tokong ini, anda dapat menyaksikan keindahan seni binaannya yang berbeza untuk setiap tingkat.

2.Katsura Imperial Villa

-Katsura Imperial Villa ini seperti yang boleh anda teka dari namanya, adalah sebuah taman yang sangat antik yang siap dibina pada tahun 1645. Dahulunya merupakan tempat tinggal keluarga Katsura yang merupakan keturunan diraja Jepun.

3.Nijo-Jo Castle

Istana lama ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, ruangan Honmaru yang merupakan bulatan pertahanan utama, ruangan Ninomaru bulatan pertahanan yang kedua dan bahagian yang terakhir adalah kawasan taman yang mengelilingi kedua-dua pertahanan ini.

4.Arashiyama

-Antara yang terkenal di sini adalah jambatan Togetsukyo yang berlatarbelakangkan pokok-pokok mekar di kawasan gunung.

5.Gion

-Tak sah kalau tak bergambar dengan Geisha kalau ke Jepun, setuju tak? Inilah salah satu tarikan unik yang ada di negara Jepun. Di daerah Gion, Kyoto, anda dapat melihat bersepah kedai-kedai, restoran dan rumah teh Jepun yang menyediakan pelayan tradisional Jepun, Geisha.

Banyak sebenarnya, destinasi di Jepun yang Huda nak sangat pergi.

Ini adalah antara salah satunya 🙂

Ok,setakat itu sahaja untuk harini..

 

Salam Sayang,

Huda

Pengalaman Bisnes Leader DiBLNC

Assalammualaikum..

Didoakan semua sihat kaya dan berjaya.

Pada 3 February itu hari..semua Business Leader telah menghadiri BLNC iaitu Business Leader National Conference Shaklee. Menurut mereka yang telah menyertai BLNC ini.

BLNC ini merupakan Pra-Conference yang dibuat oleh Shaklee Malaysia bagi meraikan Leader Shaklee yang berjaya memenuhi syarat dan kriteria.

Ada dua syarat iaitu

1.Mesti sudah naik Rank (minimum rank Supervisor).
2.Efektif pada rank tersebut untuk tempoh 3 bulan berturut turut selama setahun.

Bestkan, bila kita berusaha bersungguh sungguh jalankan bisnes.. pihak shaklee akan meraikan kita dengan membuat event seperti ini.

Event yang dibuat pula, bukan calang calang event.. semuanya ditanggung oleh pihak shaklee. Dari segi hidangannya memang mewah, di buat pula di hotel bertaraf 5 bintang. .

Yang paling best, leader leader yang pergi hari tu telah dapat membeli produk terbaru iaitu Youth. Belum dilancarkan dipasaran, tapi mereka akan dapat merasmikan dulu.. Syoknye ?

Huda rasa teruja dan nak sangat pergi wei ?. ..nak rasa diraikan juga.. Fokus… Jangan lari fokus tu.

Korang macam mana, apa perasaan korang. Perasaan Huda sekarang ni.. nak saaaangat pergi.. ?

*Gambar ihsan google

 

Salam Sayang,

Huda

Cara Mengatasi Junk Food Di Rumah

Assalammualaikum..

Semua tahu kan apa itu junkfood. Budak budak, selalu suka junk food ni. Kalau Huda, Huda akan pastikan pengambilan junk food ni berkurangan ataupun terus dilarang.

Apa yang Huda lakukan adalah, Huda akan menjadi contoh kepada anak. Dengan cara, tidak akan sesekali makan junk food. Dirumah juga, pastikan tak de junk food ini.

Kalau anak nak makan junk food ni.. Huda akan buat smooties mealshakes campur ngan buah buahan. Lagi suka si taqin, bukan sahaja sihat tapi buatkn dia lupa mengenai junk food ni. Tapi, syaratnye kena konsisten buat.

Lagi, Jangan jadikan junk food ni sebgai tawar menawar contoh bila anak dapat no 1 di sekolah, kita berjanji akan beri junk food. Itu, tidak elok. Budak budak, suka tuntut janji tau.

Ok, itu sahajalah.. Pastikan no junk food anymore

 

 

Apa Yang Perlu Di buat Ketika Closing Day

Assalammualaikum…

Bagi kami sebagai ahli shaklee, setiap 30/31 haribulan merupakan hari closing kami.

Masa inilah yang akan menjadi penentu kepada kami sebagai SID.Macam penentu aras la, sama ada kita ni akan naik rank bulan depan atau pun tidak.

Begitu juga, penentuan bonus brape yang akan kita dapat pada setiap 14hb nanti. Memang berdebar sangat rasa, tak tahu la nak cakap macam mana.

Sebab setiap bulan, kita ada target untuk capai apa yang kita nak. Kiranya hari ni, akan jadi penentu target kita tu. Sama ada capai ataupun tak.

Hari tersebut, memang kena lebih lebih lagi fokus. Walaupun hari tersebut hari terakhir. Tapi itu, bukan bermakna kita perlu putus asa.

Amalan rohani perlu lagi dilakukan sekerapnye dan juga aktiviti fizikal perlu fokus juga.

 

Salam Sayang,

Huda

Saya Leader Terbaik Pilihan Anda

Assalammualaikum..

Selamat pagi dan salam ceria.

Masuk bulan February dah hari ini.

Alhamdulillah, rezeki sale bulan lepas mencecah 4angka ?.

Permulaan yang baik bagi Huda untuk bulan lepas.

Bulan february ini, Huda nak buka peluang kepada 5 orang sahaja untuk membina bisnes bersama Huda.

Ada yang nak dibantu tak.

Huda nak 5 orang je yang betul betul komited nak buat sampai jadi.Sebab,bisnes shaklee ni kena buat dengan bersungguh sungguh tanpa putus asa.

Bab bab marketing Huda akan ajar, tapi teknik khas special hanya kat group Huda je ea.

Antara yang Huda akan share adalah

1.Bagaimana asas membuat blog.
2.Teknik berkesan diInstagram untuk closed sale.
3.Group support yang aktif dan positif.
4.Membina pages dengan teknik simple, akan mudah closed sale.
5.Group support untuk tool periklanan.
6.Bagaimana membuat vlog

Dan banyak lagi

Cuma satu je Huda nak, bertindak segera k

Wasap link ini, Huda akan terangkan dengan lebih lanjut. ?

Let’s Joint my team ?

Our Successful Team

www.wasap.my/60177045796

Salam sayang,

Huda

Antara Buku Buku Yang Huda Baca Sekarang

Assalammualaikum..

Hari ini, Huda nak berkongsi buku apa yang Huda baca sekarang.

Tak lain tak bukan adalah buku Produk Knowledge dan juga buku 365 boost your metabolisme.

Buku produk knowledge ni, best tau.. Since Huda jual suppliment, jadi Huda kena baca dan hadam segala isi penting dalam buku ni. Banyak ilmu tentang produk ada dalam buku ni.

Segala ingredient produk dijelaskan dengan detail. Jadi, kalau ada yang nak tahu pasal produk. Huda boleh jelaskan apa yang perlu bagi korang masa korang konsultasi dengan Huda nanti.

Bukan senang tau, sebab ad certain produk yang tak boleh diambil oleh sebarang orang. Memang kena ada ilmu ?.

Buku 365 boost your metabolisme. Buku ni, Huda belum hadam lagi.. Baru separuh baca. Buku ni, best jugak berkaitan bagaimana kita nak boost kita punya metabolisme.

Buku yang latest, Buku Celoteh Susu Sejat edisi 1 & 2,buku ni berkaitan dengan diet.. Ilmu banyak dalam ni.. Boleh diguna pakai semasa sesi konsultasi nanti.

Buku ni, Huda belum buka lagi.. Nnti Huda post gambar ea ?

Korang ad yang nak juga ea buku produk knowledge tu.. Boleh je..

Let’s joint our team

Jadi ahli dapat juga buku tu nanti ?

Klik sini tau www.wasap.my/60177045796

Salam Sayang,

Huda

Cara Supaya Bisnes Sentiasa Progress

Assalammualaikum…

Dalam bisnes, apa yang perlu Huda lakukan bagi memastikan bisnes Huda ni sentiasa ad progress.

1.Huda akan pastikan semua ahli, complete membuat master checklist.

2.Selalu review bersama team, target yang hendak dicapai.

3.Berjumpe dengan downline bagi membincangkan plan dan juga strategi bisnes.

4.Selalu memberi motivasi di dalam group biz.

5.Menambah ilmu marketing terkini bagi memastikan team Huda, mendapat ilmu terkini.

6.Setiap hari review mengenai plan perniagaan.

7.Mengadakan kelas berkaitan produk.

6.Berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan.

 

Salam Sayang,

Huda