Cara Atasi Lemau Dalam Bisnes

[et_pb_section bb_built=”1″][et_pb_row][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text]

Assalammualaikum..

Dalam menjalankan bisnes.. Memang akan ada saatnya,kita akan rasa kelemauan ?.

Apa yang perlu kita lakukan.. Tarik nafas dan relek. Kemudian, kita set balik apa yang kita nak dalam bisnes ni.. Ingat Big why kita, sape yang kita nak bantu.

Ingat balik, kesungguhan upline kita yang penat berusaha membantu kita supaya lebih berjaya. Siang malam tu.. Kurang tido kan nak bantu kita.

Lemau lemau paling sekejap pun beberapa minit je.. Muhasabah diri. And jalan je terus, ingat..banyak tanggunggjawab yang kita nak galas. Bukan di dunia je dan yang paling penting di akhirat jugak.

Remind for myself

Salam sayang,

Huda

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Pengalaman Yang Diperolehi Selepas Coaching

Assalammualaikum..

Sebut mengenai coaching,tau tak apa itu coaching.

Coaching ni bermaksud melatih atau mengajar.

Bila kita di coaching ni, kita akan lebih bersemangat dan berusaha lebih keras untuk melakukan sesuatu. Sebab kita dah ditunjuk jalan dan dipaksa untuk melakukan sesuatu itu dengan lebih baik.

Pada Huda coaching ni sangat bagus dan membantu Huda untuk progress diri. Apa yang kita belum capai, kita ada coach yang tegas membantu kita kearah tujuan yang betul untuk kita menggapai sesuatu tu.

Semakin semangat tau bila kita dah dicoaching ni. Banyak kita dapat idea dan juga memberikan kita impak yang sangat positif.

Bila dah coaching ni, haruslah bertindak cepat.. Supaya kita tak lari fokus.

Salam Sayang

Huda

Youth Produk Awet Muda

Terbukti Berkesan!!

Produk YOUTH, adalah produk terbaru dari shaklee. YOUTH sangat sangat best. Ianya diformulasikan selama 8 tahun barulah, ianya di keluarkan dipasaran.

Lama kan 8 tahun..

Mengapa begitu lama produk YOUTH ini hendak dihasilkan. Ia makan masa lama untuk memberi jaminan produk YOUTH ini benar benar berkualiti berdasarkan kajian kajian yang telah dijalankan.

Sementelah, ia menggunakan wang berjuta juta bagi memastikan produk YOUTH ini sememangnya berkesan dan selamat.

Korang jangan risau, produk YOUTH ini sememangnya.. Tiada bahan bahan terlarang.

Dek kajian yang sememangnya dijalankan secara teliti:

100% Vegan ✅
Hipoalergenik ✅
Non – Comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori )✅
Diuji oleh ahli dermatologi ✅
Diuji oleh ahli oftalmologi ✅

Janji Shaklee rangkaian penjagaan kulit Youth ni bukan saja menambah baik kesihatan kulit secara menyeluruh tapi ia juga dijamin mampu mengubah usia kulit kita menjadi lebih muda !!!

Huda sangat excited nak cuba produk YOUTH ni, sebab Huda sememangnya suka menggunakan bahan bahan semulajadi.

Ayuh, usah berlengah lagi.. Cepat2 wasap Huda untuk pre-order produk YOUTH ini.

www.wasap.my/60177045796

Salam sayang,

Huda

Insan Yang Huda Mahu Memberikan Inspirasi

Anak..

Kalau sebut mengenai inspirasi, Huda mahu memberi inspirasi Huda kepada anak. Biar anak tahu tentang pengorbanan dan kesusahan kita sebelum mengecapi kejayaan.

Kejayaan, tentu mereka lihat dan terinspirasi dengan kita. Bila, kita berjaya. Mereka akan jadikan kita ni contoh untuk mereka berjaya.

Saat ini, Huda perlu bekerja keras dan melakukan yang terbaik dalam bisnes untuk dijadikan contoh dan teladan bagi anak sendiri.

Salam sayang,

Huda

Perkara Yang Huda Takuti

Perkara yang paling Huda takuti adalah berhadapan ngan orang.

Ingat lagi, masa kat sekolah.. Kalau ada aktiviti apa pun kat sekolah, memang takla nak joint. Lagi lagi masuk pertandingan ataupun yang berkaitan dengan orang ramai.

Malu sangat wei ?

Tapi, suatu hari tu.. Huda cabar diri dengan menyertai pertandingan english short story. Haha,memang berpeluh la masa tu. Masa trainning, cikgu dah bebel jgn serius n menggigil sgt haha.

And, short story.. Time pertandingan tu, Huda boleh melakukannya.. Walaupun last last tu, tengok kertas haha. Yang penting kekhusyukan dan tepukan dari penonton tu yang membuatkan kita bersemangat.

And now. Walau malu mcm mane pun, tapi kalau benda tu.. Memang Huda minat, Huda langgar je. Sebab, tak nak menyesal dikemudian hari.. Sebab, nak sangat buat benda tu kan.

Sekarang,

Dalam bisnes juga, Huda cabar diri.. Apa yang tak pernah Huda buat, Huda akan buat.

Salam sayang,

Huda

Perjuangan Huda Dalam Shaklee

Dalam bisnes shaklee..

Apa yang Huda nak perjuangkan adalah supaya masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat,pemakanan yang sihat disamping pengambilan suppliment sebijaknya.

Asas yang paling penting yang perlu masyarakat tahu adalah:

1.Mengamalkan pemakanan secara sihat.

Perlu mengambil nutrisi seimbang yang diperlukan oleh badan dengan mengambil pelbagai jenis nutrien daripada makanan setiap hari.

Ini bagi memastikan, kita terhindar dari sebarang penyakit dan juga gangguan daripada radikal bebas.

Jangan tak tahu ea, kebanyakan punca penyakit adalah daripada kekurangan nutrisi.

Apa yang perlu kita lakukan lebihkan buah buahan, sayur sayuran, bijirin dan susu tanpa-lemak atau rendah-lemak.

2.Perlu melakukan senaman dan mengekalkan berat badan ideal.

Kita perlu menjadikan aktiviti fizikal yang teratur sebagai kunci komponen utama bagi program pengurusan keseluruhan kesihatan secara menyeluruh untuk menyokong kesihatan menyeluruh disamping risiko penyakit kronik.

Untuk mengekalkan kesihatan yang optimum:

-Lakukan aktiviti fizikal sekurang kurangnya 30-60 minit untuk kebanyakan hari dalam seminggu. Tetapkan matlamat untuk melakukan 10,000 langkah atau lebih setiap hari.
-Tingkatkan waktu latihan atau lakukan secara intensif untuk manfaat kesihatan dan untuk mendapatkan berat badan ideal.

3.Pengambilan suppliment sebijaknya

Amalkan pemilihan makanan yang teratur sebagai sebahagian daripada rutin harian untuk menyokong gaya hidup sihat.

Saranan pengambilan:

-Pengambilan multivitamin/mineral seimbang dan komprehensif dengan sekurang kurangnya 500mg kalsium dan vitamin D.
-Pengambilan nutrien antioksida seperti vitamin C dan E, beta Korena yang dapat membantu melindungi sel dari penuaan.
-Vitamin B termasuk asid folic,vitamin B6 dan B12, untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan sihat.
-Asid lemak Omega-3,EPA dan DHA untuk mengurangkan risiko penyakit kardio dan juga membantu meningkatkan tindak balad metabolik dan keradangan.
-Probiotik untuk menyokong kesihatan penghadaman dan sistem imun.

Apabila masyarakat telah mengikuti perkara asas ini. Huda pasti masyarakat akan lebih sihat dan kurangnya berpenyakit.

Inilah perjuangan yang perlu Huda lakukan dalam bisnes Shaklee.

CREATING HEALTHIER LIVES

Salam sayang,

Huda

Roadshow Youth At Grand Paragon Hotel

Assalammualaikum..

6 hb aritu.. Huda berpeluang ke Roadshow Youth di Grand Paragon Hotel, JB. Transport Huda masa gi sana naik Grab je haha. Tak pernah naik grab tau ni lah firstime. Oleh kerana nak sangat tahu tentang kelebihan produk Youth ni. Huda langgar je.. Naik grab, grab lah.

Oleh kerana, nak elakkan jem. Huda gerak awal, sampai sana tak de siapa lagi yang datang haha. Cuma Huda je sorang. Huda apa lagi, amik kesempatan la kejap. Berselfie

Dah puas berselfie tu.. Huda mula mendaftar pula sebelum masuk dewan. Dapat lah beberapa buku ni untuk jadikan refer nanti ?.

Best tau,baru baca sikit broucer ni pun dah rasa best dengan produk YOUTH ni. Belum dengar lagi penjelasan detail dari CHRIS KYROU iaitu Vice President Beauty Research And Development Shaklee Corporation.

Sebelum bermulanya sesi sharing dari Chris ni, Huda sempat la buat Facial Analysis. Untuk mengetahui tahap kulit kita ni macam mana.

Layan video pendek ni jap untuk lihat bagaimana mesin ini berfungsi:

Dan inilah hasil dari Facial analysis tu,

Mengikut data tu, apa yang kulit Huda perlu fokus adalah keanjalan kulit dan juga tone kulit yang tak sekata.

Ha, best kan.. Free free je haritu dapat check skin ?

Lepas dah check skin tu pulak, Huda gi tengok diorang wat demo YOUTH dan bestnye, Huda pun dapat rasai sendiri produk YOUTH ni. Tapi,demonya hanya di tangan sahaja.

Di tangan pun dah nampak kesan tau. Belum lagi di muka. For sure, mesti lagi awesome.

Kalau compare dengan tangan sebelah memang nampak sangat bersih tangan ni ?.Sorry la ea, masa ni tangan sebelah sibuk take photo hihi.

Ini, ada sikit video semasa demo tersebut

Sekarang masa untuk mendengar penerangan dari Chris.

Penerangan yang jelas dari Chris ni lah,  baru Huda nampak apa yang bestnye tentang produk Youth ni. Kita boleh jadi muda 10 tahun tau.

Ada juga Chris ni, dia bagi kami lihat slide tentang kajian yang dilakukan keatas wanita around 40-60 tahun. Memang hebat, boleh nampak perbezaan yang kita perolehi, apabila menggunakan Youth ni.

Muda dari usia sebenar tau ?.10 tahun lebih muda..

Ok, around pukul 9.30 pm gitu..  habis penerangan dari Chris, ada sesi cabutan bertuah pulak.

Yang ni memang berdebar, masa cabutan untuk beg YOUTH tu.. No hampir dengan no Huda tau. No naik 12.No Huda pula 13.Aduh,melepas la nak dapat beg free tu ?.

Takpe, insyaAllah lain kali.. Mana tau, rezeki Huda kan.

Sebelum balik, Huda sempat la selfie selfie ngan geng shaklee Huda, iaitu IReach. Iaitu salwa under master Hadha, Zaleha under farha ibu cergas dan juga herniee under salwa ?.

Best, dapat kenal kenal ngan diorang..banyak tolong jugak Huda malam tu. Maklumlah Huda naik grab.. Risau diorang ?

Ok,setakat tu jela tok hari ni.. Next time, Huda akan wat entry terperinci mengenai produk Youth ni ok.

Salam sayang,

Huda

 

 

 

 

 

 

 

Kepentingan Lechitin

Penting ke Lecithin?

Berapa orang yg belum pernah amik produk Lecithin?

Biasanya org amik Lecithin utk apa? Kurus?

Tau tak sebenarnya Lecithin adalah lebih daripada itu.

Lecithin adalah campuran fosfolipids & lelemak yg terdapat dalam soya… dan ia adalah bahan binaan utama membran sel2 (‘kulit sel’) dalam badan kita. Tanpa lechitin, membran sel akan mengeras dan sel akan mati.

Lechitin juga terdapat dalam otak, otot dan saraf kita. Ia menguatkan fungsi otak, meningkatkan tenaga & membantu dalam pencernaam lemak.

Sgt penting tau lecithin ni. Yang belum try lecithin wajib lah beli sekarang!

 

Salam sayang,

Huda

Kempen Meningkatkan Tenaga

Assalammualaikum..

Sejak sejak ni, ramai yang mengadu dekat Huda mengenai badan sering keletihan dan kurang bertenaga.

Hari ini, Huda ingin berkongsi sedikit mengenai bagaimana cara untuk meningkatkan tenaga.

1. Meningkatkan Pengambilan Magnesium

Makan makanan yang seimbang dapat membantu memastikan keperluan vitamin dan mineral kita dipenuhi.

Dalam kajian yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia Jabatan Pertanian di Grand Forks, N.D., wanita yang kekurangan magnesium mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih tinggi dan memerlukan lebih banyak oksigen untuk melakukan tugas-tugas fizikal.

Pengambilan magnesium harian yang disyorkan adalah sekitar 300 miligram untuk wanita dan 350 miligram untuk lelaki. Untuk memastikan anda mendapat cukup, Kita perlu juga mengambil:

Sedikit badam, hazelnut atau kacang mete dan juga bijirin penuh untuk diet harian kita.

2. Berjalan

Pakar mengatakan bahawa peningkatan aktiviti fizikal – terutamanya berjalan – meningkatkan tenaga.

“Saya suka berjalan kerana ia mudah dilakukan, tidak memerlukan latihan atau peralatan dan anda boleh melakukannya di mana-mana sahaja,” kata Rita Redberg, MD, penasihat sains kepada program “Choose To Move” dari American Heart Association.

Dalam eksperimen yang dijalankan oleh Robert Thayer, PhD, dan Universiti Negeri California, berjalan kaki selama 10 minit tidak hanya meningkatkan tenaga, tetapi kesannya berlangsung sehingga dua jam. Dan apabila berjalan 10 minit setiap hari terus selama tiga minggu, tahap tenaga dan mood keseluruhannya meningkat.

3. Jangan Skip Sarapan 

“Dalam kajian menunjukkan bahawa orang yang makan sarapan berada dalam suasana yang lebih baik, dan mempunyai lebih banyak tenaga sepanjang hari,” kata Heller.

Lebih-lebih lagi, kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nutritional Health mendapati bahawa kehilangan makanan pada siang hari menyebabkan rasa keletihan yang banyak sangat pada akhir hari.

5. Mengurangkan Tekanan dan elakkan mudah marah

Salah satu cara mengurangkan tenaga yang paling terbesar adalah stres, kata psikologi Paul Baard, PhD.

Berita baik, kata Baard, bagi mengatasi pembunuh tenaga ini,kita perlu membuat lebih banyak aktiviti relaksasi ke hari kita. Walaupun bagi banyak orang, peningkatan senaman tidak memberi kesan kepada  tekanan dan kemarahan, Bagi mereka yang cuba mengatasi permasalahan ini,mereka berusaha untuk lebih tenang dengan cara : mendengar muzik, membaca novel romantis , atau bahkan hanya bercakap di telefon.

“Apa yang santai untuk anda akan mengurangkan ketegangan dan ini akan membantu meningkatkan tenaga,” kata Baard.

6. Minum Lebih Air

Anda mungkin sudah tahu bahawa susah untuk kita membezakan isyarat kelaparan dengan dahaga (kita fikir kita memerlukan makanan apabila kita benar-benar memerlukan air). Tetapi adakah anda tahu bahawa dahaga juga boleh menyamar sebagai keletihan?

“Kadang-kadang, walaupun dehidrasi sedikit boleh membuatkan anda berasa letih dan lesu,” kata pakar pemakanan Keith Ayoob, EdD, RD, seorang profesor bersekutu di Sekolah Perubatan Albert Einstein di New York dan pengarang The Uncle Sam Diet.

Ada juga yang minun kopi untuk mengelak dari merasa mengantuk dan letih. Tapi, betulkah kafein ini.. Membantu dalam permasalahan tersebut.. Boleh baca huraian Huda, di entry ini >> kafein hilangkan mengantuk dan letih

Berkesempatan ini juga, Huda ingin memberitahu bahawa Huda dan rakan blogger yang lain telah mengadakan kempen tingkatkan tenaga yang telah dianjurkan oleh oliess.com.

Selain Huda, blog hudazin.com. Blog ummiqadeer.com juga menyertai kempen tingkatkan kesihatan ini dan di samping sebagai program cara menulis blog. 

Jom.. Follow Huda

Salam sayang,

Huda

 
 
 
 

 

 

Kafein Hilangkan Mengantuk Dan Letih

Assalammualaikum..

Kita sedia maklum bahawa, meminum kafein hilangkan mengantuk dan letih  adalah cara alternatif yang terbaik untuk kekal cergas.Tapi, yakinkah anda bahawa kafein benar benar membantu kita?.Sebenarnya kafein hilangkan mengantuk dan letih sangat tidak membantu kita.

Sebelum itu, kita kenali dulu apa itu kafein.

Kafein adalah perangsang sistem saraf pusat kelas methylxanthine. Ia adalah ubat psikoaktif yang paling banyak digunakan di dunia. Tidak seperti bahan psikoaktif yang lain, ia adalah undang-undang dan tidak terkawal di hampir semua bahagian dunia. 

Kafein yang paling popular  adalah minuman kopi.Memang bagi kita, apabila minum kopi kita akan rasa mengantuk itu hilang.Tapi,biasanya ianya hanya sementara sahaja.Yang paling tak seronoknya apabila minum kopi, ia akan menjadikan kita ketagih dan lesu apabila kita tidak mengambilnya.

Antara tanda tanda bahaya apabila minum kafein adalah:

1.Perasaan mudah was was atau cemas.

Tidak semua yang akan mengalami situasi ini, tetapi ianya akan terjadi sekiranya kita sudah mula terbiasa dengan minuman kafein ini.

2.Sukar untuk konsentrasi

Sering tidak fokus kerana mula datangnya sakit kepala.

3.Mula merasa sakit di bahagian belakang kepala

Mengikut kajian kafein dan sakit kepala memang tidak dapat dipisahkan.

4.Sering muntah muntah

5.Menyebabkan gangguan tidur

6.Boleh menyebabakn lebihan kafein

Ini yang paling takut, apabila kita tidak mengawal minuman kafein boleh menyebabkan seseorang itu mengalami keracunan kafein fan juga boleh menyebabkan kematian.

7.Mengakibatkan masalah pencernaan

Kafein merupakan zat yang boleh meningkatkan asid di dalam perut. Ia akan menjadikan kita cirit birit dan memulas.

Lagi Tindakan Kafein

Ciri ciri mereka yang ketagih cafein

1.Sakit Kepala

Sakit biasanya berlaku di belakang kepala.

2.Slepiness

Ini merupakan keletihan yang amat sangat

3.Sembelit

Kafein merangsang usus,tanpa dos harian usus juga akan mengalami masalah

4.Cramp

5.Sinus

Mengalami masalah hidung tersumbat.

6.Insomnia

Mereka yang sering kali mengalami kesukaran tido.

Sebenarnya,ada cara mudah untuk menghilangkan rasa mengantuk dan bertenaga

Tenaga yang mencukupi,akan mengelakkan kita dari mengantuk dan letih.Tenaga kita dihasilkan oleh stesen janakuasa iaitu mitokondria.Bahan bakar utama yang menghasilkan tenaga adalah nutrien coq1o.

Pada January 2018,pihak shaklee adalah mengeluarkan suppliment baru iaitu COQ TROL PLUS yaitu formulasi baru dari COQ HEALTH PLUS.Formulasi baru ini,menjadikan COQ TROL PLUS berkesan dalam membekalkan tenaga dalam badan.

Nak tahu lebih lanjut mengenai CoQ Trol Plus boleh rujuk ulasan saya dientry >>>Coq Trol Plus

Salam sayang,

Huda